Sabtu, Oktober 13

WAJIB BACA : UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA...!!!

  

Untuk makluman korang, aku pernah mendengar satu taklimat yang disampaikan oleh Tun M baru baru ini. Tun M berkata untuk terus berjuang memartabatkan bangsa Melayu tanpa mengenepikan hak hak kaum lain, orang UMNO harus mempunyai pemimpin dan pengikut yang baik serta tidak lari dari prinsip asal perjuangan parti iaitu untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang sentiasa mahu menerima cadangan, teguran dan kritikan membina daripada pengikutnya dan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat dan bukan untuk diri sendiri serta rakan rakan atau segelintir pengikut2nya sahaja.

Pengikut yang baik pula adalah pengikut yang sentiasa memastikan bahawa pemimpin sentiasa berada di landasan yang lurus dan benar didalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Kalau pemimpin telah lari sedikit dari landasan yang sepatutnya maka menjadi tugas dan tanggungjawab si pengikut untuk membuat teguran dan menarik kembali pemimpin untuk kelandasan tersebut. Ini tidak...!!! kalau sipemimpin berdehem pun didalam ucapannya...si pengikut boleh bertepuk tangan dan membuat standing ovation sebagai tanda sokongan terhadap 'deheman' tersebut. Ermmm alahai...!!!! itu bukan sayang pemimpin...itu membodek pemimpin namanya...!!!! :)

Untuk maklumat korang dan dah jelas aku cakap awal awal tadi kan...!!! Ini kata kata dari Tun M dan bukan aku yang kata kecuali bab yang 'membodek' itu saja kot...!!!! aku cuma tulis jerr...!!! heheehhe...!!!!

psssttt...FIKIR FIKIRKANLAH...!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan