FOMCA telah menyelar peniaga peniaga yang tidak mahu menurunkan harga barangan walaupun kos bahan api telah diturunkan sebanyak beberapa kali. Setiausaha Agung FOMCA, Datuk Paul Selvaraj berkata, peniaga peniaga ini dengan pantas menaikkan harga apabila harga petrol meningkat tetapi mereka tidak pula menurunkan harga apabila sebaliknya berlaku. Jelas sekali, mereka hanya mementingkan diri sendiri dan bersikap double-standard.
"Harga makanan dan barang barang lain mesti diturunkan selaras dengan penurunan harga petrol dan diesel kerana harga bahan api mempunyai pengaruh yang tinggi ke atas barangan." katanya. Sementara itu, pengusaha restoran dan kedai makanan perlu menurunkan harga mereka memandangkan bahawa kos bahan api telah menurun dengan begitu ketara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek. Beliau berkata, harga runcit RON95, sebagai contoh telah turun sebanyak hampir 60 sen dari akhir tahun lepas, kepada RM 1.70 seliter. Sejak semalam, harga diesel juga telah menurun 53sen kepada RM 1.7Y0 manakala RON97 telah menurun sebanyak 90sen kepada RM 2.00.
Ermm.... begitular nampaknya yang berlaku sekarang nie...dan nampaknya pihak peniaga, pemborong dan pembekal tersangatlah degil untuk menurunkan harga barangan walaupun harga minyak petrol telah turun sebanyak 2 kali baru baru ini. Masing masing menuding jari ke arah orang lain dengan pelbagai alasan mengapa mereka tidak dapat menurunkan harga barangan. Si Peniaga kata kerana pemborong masih mengenakan harga yang sama, Si Pemborong kata si Pembekal masih tidak menurunkan harga dan Si Pembekal pulak kata kos mereka masih lagi tinggi walaupun harga minyak petrol turun dan mendakwa penurunan harga minyak tidak boleh dikaitkan dengan harga barangan dan ada pulak yang mengaitkan nilai ringgit yang rendah lar pulak...!!!
Pergh...!!! pelbagai alasan korang beri yer...!!! masa harga minyak naik, dengan sepantas kilat korang naikkan harga barang dengan alasan minyak naik....tapi bila minyak turun korang kata harga minyak takder kena mengena dengan harga barang...!!! Keparat betul korang nih...!!!!
Ermm...Aku ada nengok berita tv malam tadi dan aku amat bersetuju bahawa KUASA PENGGUNA lah yang paling sesuai dan berpotensi untuk mengajar peniaga peniaga yang tamak haloba dan hanya mementingkan keuntungan dan tembolok mereka sahaja ini. Aku nak cadangkan agar NGO seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengetuai tindakan ini dengan mewujudkan satu facebook page "KUASA PENGGUNA" , korang jadi admin dan gerakkan satu gerakan bersepadu memboikot sesuatu barangan dalam satu tempoh yang sesuai bagi memaksa barangan itu diturunkan harganya. Buat lah satu kempen....contoh minggu ini kita semua boikot dan jangan beli ikan kembong ker apa ker bagai...dan dengan secara tidak langsung berjuta pengguna tidak akan membeli ikan kembong...kita kasi itu ikan kembong tak laku dan busuk sendiri...hehehe..
Aku harap NGO mengambil langkah ini dan kami pengguna tiada masalah untuk "like" page korang. Untuk promosi pula korang minta lah kerjasama media elektronik seperti TV3 buat coverage dan mempromosi skit facebook "KUASA PENGGUNA" ini..
Ini hanya pandangan peribadi aku saja kerana aku anggap 'somebody got to do something' untuk menyatukan KUASA PENGGUNA nie. Kalau korang ada idea untuk mewujudkan satu mekanisma yang sesuai ...aku memang amat amat alu alukan...ada betulll...????. JOM KITA GERAKKAN KUASA PENGGUNA...!!!!
pssstt...aku nengok ada banyak jugak facebook Kuasa Pengguna.... tapi nampaknya semua mcm tak aggresif dan tido saja....