Ahli ahli UMNO yang merupakan 'hardcore" dalam Jentera Barisan Nasional telah diberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil tanpa menunggu selepas tamat PRU13 jika anggota akar umbi parti didapati terlibat mensabotaj parti atau calon.
Ermmm.....Aku tahu bahawa disebahagian parlimen atau DUN terdapat jentera2 BN yang merasa 'teramatlar sangat' kecewa apabila nama2 calon diumumkan baru baru ini. Mereka mendakwa calon yang ditampilkan tidak menepati aspirasi dan kehendak jentera parti mahupun rakyat setempat....Ermmm betul ker??? Tak semua kannnn????
Ada calon yang diketengahkan didalam salah satu DUN di Negeri Melaka dalam Parlimen Alor Gajah didakwa datang dari 'langit'...!!!! Aku tahu korang kecewa kerana dahulu dapat calon UMNO tapi sekarang dapat calon dari MIC tapi takkanlah korang sampai sanggup cakap kini korang terpaksa sediakan lebih bekalan sikat, brylcreem, gel dan batang pisang berbanding dengan kayu bendera...!!! Ayoyo...!!!! jangan itu macam bro...!!!! ganas tuuuhhhh...!!!! tak baik tau...!!!!
Ada juga jentera DUN di Negeri Melaka dalam Parlimen Alor Gajah yang mendakwa janji yang dibuat kepada mereka telah tidak dipenuhi.???? Masih terbayang bayang lagi difikiran mereka tika saat mereka membuat protes calon semasa PRU12 dahulu di rumah Pengerusi BN Negeri. Setelah rayuan mereka tidak dipenuhi, mereka dijanjikan bahawa pada PRU akan datang calon anak tempatan akan diketengahkan. Tapi kini janji hanya tinggal janji..???? Ermmm. apo nak di kato...!!! dan Dakwa mereka lagi....Apabila aspirasi dan kehendak rakyat setempat tidak dipenuhi....Siapakah yang sebenarnya telah mensabotaj parti..???? 'akar umbi' kah atau 'dia dan dia dan dia' kah...????Erm...susah aku nak jawab tuhh bro...!!!! lu pikir lar sendiri...!!!!
Ok lar bro bro semua....cakap banyak pun tak guna, tembak pun tak kena...sekarang aku nak bawa korang melihat dari skop yang paling besar dan dari skop yang paling kechik mengenai perkara ini. Mungkin korang akan bertanya bagaimana dengan skop yang tengah2..???? Korang bolehlar andaikan bahawa skop yang tengah2 tu adalah milik 'dia dan dia dan dia' iaitu pemimpin2 yang membuat keputusan calon calon seperti diatas....!!! hehehehe...
SKOP YANG PALING BESAR
Kita semua sayangkan Barisan Nasional...!!!! .Kita semua sayangkan Parti Keramat UMNO..!!!!..Kita semua sayangkan YANG AMAT BERHORMAT DATO SRI HJ MOHD NAJIB BIN TUN HJ ABD RAZAK...!!!! Kita adalah Pejuang Bangsa..!!!!, Kita adalah Pejuang Agama...!!!! dan kita adalah Pejuang Negara...!!!! Kita tahu PRU13 adalah "IBU SEGALA PILIHANRAYA" bagi memastikan kesinambungan perjuangan kita ini.... Sekali kita tewas bermakna kita akan tewas buat selama lamanya...!!!! Jangan kita gadaikan perjuangan ini ..!!! Jangan kita merngambil RISIKO kelak kita yang akan kecewa..!!!!.Anggaplah calon2 itu adalah "WAKIL" kepada YAB DS Najib, Presiden UMNO yang amat kita sayangi dan sanjungi...!!!! Jangan gunakan platform ini untuk menzahirkan kekecewaan korang...!!! InsyaAllah ada platform lain yang lebih layak untuk korang zahirkan bro!!! Masih ingat tak korang akan janji janji korang untuk tidak menolak calon semasa Perhimpunan Agung UMNO dahulu...!!!! Masih ingat tak korang akan sumpah korang untuk tetap setia bagi memastikan kemenangan besar BN...???? Pandang pada PARTI bro...!!!! Pandang pada PERJUANGAN kita bro..!!!!
SKOP YANG PALING KECHIK
Rata rata yang telah menolak calon adalah terdiri daripada orang2 kuat UMNO Cawangan seperti Ketua2 UMNO yang secara tidak langsung adalah merupakan Pengerusi2 JKKK, Ketua2 Wanita, Ketua2 Pemuda & Puteri. Apakah korang mahu selepas PRU13 ini korang tidak lagi boleh bebas keluar masuk berurusan di JAPERUN masing masing...???? Apakah korang mahu jawatan2 korang selaku Pengerusi2 JKKK hilang al ghaib..??? Apakah korang mahu pada malam 5hb Mei 2013 nanti akan ada puak2 pembangkang yang mengetuk pintu rumah korang dan memaksa korang menyerahkan kunci Balairaya ataupun kunci Masjid..??? Insiden ini telahpun berlaku pada PRU12 di negeri2 yang berjaya ditawan oleh Pakatan Haprak ini.. Ianya berlaku kerana masing2 ingatkan nak 'mengajar' parti...takper satu DUN ilang, DUN lain boleh cover...kita tetap kerajaan jugak...akhirnya...hancussss...!!!!.semuanya tergadai ke tangan pembangkang....Ianya tidak mustahil akan kena batang hidung kita sekiranya kita tidak bersatu dan berhati hati...!!!!
Soooo please....!!!! tolong...!!!! jangan bermain dengan api kelak ianya akan membakar diri kita sendiri..!!!!Mari kita sama sama BANGKIT membenam PEMBANGKANG demi sebuah PERJUANGAN...!!!! Masih belum terlambat bro...!!!! Mereka tidak kuat tetapi perpecahan antara kitalar yang membantu mereka untuk menjadi kuat...!!!! FIKIR FIKIRKAN LAH...!!!!
pssttt....
ASAL KAPAS DARI BENANG,
DARI BENANG DIBUAT KAIN,
NAMA CALON TELAH PUN DICANANG,
MARILAH SAMA SAMA KITA BEKERJA BAGI MEMASTIKAN KEMENANGAN BERSAMA....
(sori bro...ini bukan pantun yer...!!! hehehe...!!!! )









