Sekarang nie kita selalu dengar orang kata MAT SABUN tu SYIAH....korang
tahu tak apa tu SYIAH..??? atau korang main cakap jer..??? Mungkin
artikel dibawah yang aku REMBAT dari blog orang lain nie dapat memberi
sedikit pemahaman korang mengenai SYIAH.
psstt...aku pun sebenarnya tak abis lagik baca artikel nie....panjang nau...hehehe..!!!
BAHAYA
SYIAH!!!
Ajaran
Syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun sekian lama
oleh musuh-musuh Islam. Ia merupakan hasil dan buah daripada pokok-pokok
beracun yang ditanam oleh musuh-musuh Islam di bumi Islam.Untuk mengetahui
betapa bahayanya ajaran Syiah kepada aqidah, syariah dan umat Islam, perlu kita
merenung kembali sejarah silam ke zaman khalifah Islam ketiga, ketika mana
gerakan menentang khalifah dan usaha-usaha menggugat perpaduan umat di setiap wilayah
yang dikuasai Islam pada masa itu dilancarkan begitu hebat sehingga akhirnya
terkorban syahid Khalifah Umat Islam Uthman bin Affan yang telah dikahwinkan
oleh Rasulullah s.a.w. dengan dua orang cahaya matanya, seorang yang
berkali-kali dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai ahli syurga kerana besar
jasa dan sumbangan yang diberikan oleh Uthman dengan mencurahkan harta bendanya
yang banyak untuk melengkapkan `Jaisyu al ‘Usrah. Rasulullah s.a.w. bersabda
bermaksud: “Selepas hari ini tiada amalan lagi boleh merosakkan
Uthman.”(Ahmad-Tirmidzi).Umat Islam setelah itu tidak lagi dapat menumpukan
perhatian mereka kepada musuh Islam dan pedang mereka tidak lagi terhunus ke
muka musuh-musuh yang terdiri daripada Yahudi, Nasrani, Majusi dan sebagainya
tetapi sebaliknya mereka mula bercakaran sesama sendiri. Pedang dan lembing
mereka mula bergemerincing di medan perang saudara sehingga beberapa lama.Jika
di zaman masyarakat Islam yang sebilangan besarnya terdiri daripada orang-orang
yang dididik oleh Rasulullah s.a.w. sendiri dan masih ramai orang yang imannya
teguh dan keyakinan tentang Islam begitu mendalam, racun-racun yang disemburkan
oleh mereka itu telah dapat juga melemahkan sebahagian anggota masyarakat Islam
sehingga menimbulkan huru-hara yang berpanjangan, bayangkanlah bagaimana
agaknya jika racun yang begitu berbisa itu disemburkan ke tubuh masyarakat
Islam hari ini yang mana anggotanya terdiri daripada orang-orang yang lemah
aqidahnya, cetek pengetahuannya tentang selok belok ajaran Islam dan tidak pula
mendapat pendidikan Islam yang sempurna, tentu sekali dalam masa yang singkat
wajah masyarakat Islam akan berubah kepada rupa yang sungguh menakutkan.Apakah
intisari ajaran Syiah permulaan yang dikepalai oleh Ibnu Saba’ itu? Apakah
fahaman-fahaman tajaan Syiah permulaan yang telah berjaya menggugat Islam dari
dalam dan telah melemahkan ikatan persaudaraan Islam pada ketika itu?
Jawapannya akan kita temui dalam ajaran dan fahaman Syiah hari ini.Umat Islam
hari ini perlu menjadikan sejarah yang lampau sebagai pengajaran dan iktibar,
jika tidak sejarah akan berulang lagi. Tidak mungkin umat Islam yang berpegang
dengan al-Quran dan as-Sunnah boleh terperangkap dengan jerangkap-jerangkap
yang dipasang oleh musuh-musuh yang telah tercatat dalam sejarah muram mereka.Mukmin
sejati mustahil akan terjebak ke dalam fahaman-fahaman salah yang dikemukakan
oleh musuh-musuh yang pernah menikam nenek moyang mereka dahulu kerana
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:"لا يلدغ المؤمن من جحر واحد
مرتين"Maksudnya: “Orang mukmin tidak disengat dua kali di lubang yang
sama.”Walaupun golongan Syiah hari ini menafikan hubungannya dengan ajaran yang
dibawa oleh Ibnu Saba’ dan rakan-rakannya namun penafian itu tidaklah membawa
apa-apa erti jika persamaan di antara kedua-duanya diketahui dan diakui oleh
umum termasuk pengikut Syiah sendiri. Lihatlah kepada at-Thusi, seorang tokoh
ulamak mutaqaddimin Syiah, beliau dianggap sebagai tokoh yang mendalam ilmunya
tentang riwayat dan rijal menuliskan di dalam kitabnya yang dianggap sebagai
kitab yang terpenting tentang Rijal Syiah yang dikenali dengan `Rijal Kasyi’.
Sebahagian ahli ilmu menyebut bahawa Abdullah Ibnu Saba’ adalah seorang Yahudi
yang kemudiannya memeluk Islam dan membela Sayyidina Ali a.s. Semasa beragama
Yahudi dia berpendapat Yusya’ bin Nun merupakan Washi bagi Nabi Musa secara
ekstrim. Setelah dia masuk Islam (secara pura-pura), fahaman yang sama
dibawakan tentang Ali sebagai Washi bagi Rasulullah s.a.w. sepeninggalan
Baginda s.a.w. Dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajiban melantik
Ali sebagai Imam, menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuh-musuh
Ali dan berlepas diri dari mereka bahkan mengkafirkan mereka. Dari sinilah
orang yang menentang Syiah mengatakan punca ajaran Syiah dan Rafidhah ialah
Agama Yahudi. (Rijal Kasyi Hal: 108)Di antara tokoh-tokoh Syiah yang juga telah
menyebutkan perkara yang sama ialah an-Naubakhti dalam “Firaq asy-Syiah” (hal:
43-44), al-Hulli dalam “Kitabul al-Rijal” (hal: 469), Mamaqami seorang tokoh
ulamak mutaakhir Syiah tentang Rijal dalam kitabnya “Tanqihu al-Maqal” Jilid 2
hal: 184), al-Ustarabadi dalam kitab “Manhaju al-Maqal” (hal: 203), Ibnu Abi
al-Hadid dalam “Syarah Mahju al-Balaghah” (Jilid 2 hal: 309), Syeikh Abbas
al-Qummi dalam kitabnya “Tuhfatu al-Ahbab” (hal: 184) dan lain-lain.Di kalangan
tokoh-tokoh ahli Sunnah pula yang menyebutkan ajaran Ibnu Saba’ dan peranannya
dalam memecahbelahkan umat Islam ialah Abu Hasan al-Asyaari dalam “Maqalat
al-Islamiyin” (Jilid 1 hal:50), Abdul Qahir al-Baghdadi dalam “al-Farqu Baina
al-Firaq” (hal: 233-235), al-Isfiraini dalam “at-Tabsir fi ad-Din” (hal:
108-109), Syahrastani dalam “al-Milal wa an-Nihal” (Jilid 2 hal: 11), at-Tabari
dalam “Tarikh al-Umam wa al-Muluk” (Jilid 5 hal 90), Ibnu Kathir dalam
“al-Bidayah wa an-Nihayah” (Jilid 7 Hal: 167), Hafiz Ibnu Hajar dalam “Lisan
al-Mizan” (Jilid 3 hal: 289) dan lain-lain.Sebenarnya jika kita perhatikan
dengan teliti dan kita mengkaji ajaran Syiah dari semua aspek aqidah, syariah,
akhlak dan lain-lain maka kita akan dapati ajaran-ajaran itu telah dirancang
sebegitu rupa untuk mengambil alih agama Islam yang sedia ada supaya umat Islam
secara tidak sedar menganut dan mengamalkan ajaran-ajaran yang bukan berasal
dari Islam sama sekali. Pada ketika itu Islam yang dianuti pada hakikatnya hanya
nama semata-mata atau Islam yang palsu dan Islam yang palsu itu tentu sekali
tidak membimbangkan atau menggugat kedudukan agama-agama dan fahaman-fahaman
lain yang terdapat di dunia. Segala-galanya disusun dan direncanakan sehingga
umat Islam sendiri yang pengetahuannya tidak begitu mendalam tentang Islam
dapat menerima ajaran yang dikemukakan mereka sebagai ajaran Islam.Di sini kita
akan mendedahkan kepalsuan ajaran Syiah, percanggahannya dengan agama Islam
yang suci dan bahayanya kepada umat Islam di setiap tempat supaya agama yang
mereka mahu hapuskan dan lenyapkan dari muka bumi (Islam) ini tetap akan
mengibarkan bendera kemenangannya sesuai dengan firman Allah yang
bermaksud:“Dialah yang telah mengutuskan Rasulnya (dengan membawa) petunjuk
(al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangnya atas segala agama walaupun
orang-orang musyrikin tidak menyukainya” (at-Taubah –ayat 33).Di antara bahaya
dan percanggahan ajaran Syiah dengan Islam yang akan kita kemukakan di sini
ialah:
1.Bahayanya Kepada Aqidah
2.Bahayanya Kepada Syariat
3.Bahayanya Kepada Akhlak.
4.Bahayanya Kepada Ummat.
5.Bahayanya Kepada Negara.
1.1.
Aqidah Syirik Dengan Allah
1.1.1.
Muhammad Bin Yaakub al-Kulaini meriwayatkan dalam “Ushul Kahfi” dari Abi
Abdillah, kata beliau:-“Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam.
Dia boleh meletakkannya di mana dikehendaki dan memberikan kepada sesiapa yang
dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya.”( al-Kafi
jilid 1 hal :409, bab “dunia ini semuanya kepunyaan Imam”). Sedangkan Allah
telah berfirman di dalam al-Quran yang berbunyi:-"إن الأرض لله يوثرها من
يشآء من عباده"“Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah. Diberikannya kepada
sesiapa yang dikehendakinya dari hamba-hambanya” ( al-A’raf Ayat 128)Allah
berfirman:-"لله ملك السموات والأرض"“KepunyaanNyalah kerajaan langit
dan bumi…..”(al-Hadid Ayat 2)
1.1.2.
Allah menyatakan sifatnya dalam al-Quran sebagai yang awal dan akhir, yang
zahir dan yang batin sebagaimana firmanNya:-"هو الأول والأخر والظاهر
والباطن"“Dialah yang awal dan akhir, yang zahir dan yang batin”( al-Hadid
Ayat 3)Tetapi Syiah meriwayatkan kononnya Saidina Ali r.a berkata:-" انا
الأول وانا الأخر وانا الظاهر وانا الباطن وانا وارث الأرض"“Akulah yang awal
dan yang akhir, akulah yang zahir dan akulah yang batin, akulah pewaris
bumi……..”(Rijal al-Kasyi hal :211)Sedangkan Allah berfirman:-" انا نحن نرث
الأرض ومن عليها"“Kamilah pewaris bumi dan sekelian makhluk yang ada di
atasnya……..”( Surah Maryam Ayat 40)
1.1.3.
al-Kulaini menyebut dalam Usul Kafi bahawa Imam Muhammad al-Baqir berkata:
“Kami adalah wajah Allah, Kami adalah mata Allah di kalangan makhlukNya dan
Kami adalah tanganNya yang terhampar menghulurkan rahmat kepada hambaNya.”
(Usul Kafi Hal.83). Begitu juga diriwayatkan dari Abi Abdillah (Ja’far
as-Sadiq) bahawa Amirul Mukminin Ali a.s selalu berkata: “Akulah pembahagi
syurga dan neraka bagi pihak Allah……aku dikurniakan beberapa keistimewaan yang
tidak pernah dikurniakan kepada sesiapa pun sebelumku, aku mengetahui kematian
dan bencana yang menimpa manusia, keturunan mereka dan kemampuan memutuskan
perkara yang tepat. Sesuatu yang telah berlaku tidak terlepas dari
pengetahuanku dan tidak tersembunyi dari pengetahuanku apa yang tidak ada di
hadapanku.” (Kitab al-Hujjah Min al-Kafi j.1 hal:197)Seorang ahli tafsir Syiah
yang terkenal bernama Maqbul Ahmad dalam tafsirnya ketika mentafsirkan ayat
berbunyi :-" كل شىء هالك الا وجهه"“Segala sesuatu akan binasa kecuali
wajahNya……….”( al-Qashah Ayat 88),meriwayatkan bahawa Ja’far as-Sadiq mentafsirkan
ayat ini dengan: “Kamilah wajah Allah itu.”
1.1.4.
Al-Kulaini mengadakan satu bab yang tajuknya berbunyi:-“Para Imam mengetahui
perkara yang lalu dan yang akan datang dan tidak tersembunyi daripada
pengetahuan mereka sesuatu pun”.Di dalam bab ini beliau mengemukakan satu
riwayat dari Ja’afar as-Sadiq bahawa beliau berkata:“Sesungguhnya aku
mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. Aku mengetahui apa yang ada di
syurga dan di neraka. Aku mengetahui perkara yang berlalu dan perkara yang akan
datang.” (Ibid jilid 1 hal 261)
1.1.5. Di
dalam kitab yang sama tersebut bahawa para Imam boleh menghalalkan dan
mengharamkan apa yang mereka kehendaki dan mereka sekali-kali tidak menghendaki
melainkan apa yang dikehendaki Allah. ( al-Ushul Min al-Kafi jilid1 hal:441)
Sedangkan Allah berfirman di dalam al-Quran:-" يا أيها النبيٌ لم تحرم ما
احل الله لك "“Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan
bagimu………”(at-Tahrim Ayat 1)Ini bermakna Syiah menyengutukan Allah dengan para
Imam mereka dalam mengharamkan dan menghalalkan sesuatu, di dalam kitab itu
juga al-Kulaini meriwayatkan bahawa as-Sadiq berkata:-“Mana-mana Imam yang
tidak mengetahui sesuatu yang akan menimpanya dan ke mana mereka akan pergi
maka ia bukanlah hujjah dari pihak Allah kepada makhlukNya.” (al-Usul Min
al-Kafi jilid hal:285)Sedangkan Allah berfirman yang bermaksud:-" قل لا
يعلم من في السموات والأرض الغيب إلا الله"“Katakan tiada siapa pun
mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah” (al-Naml Ayat 65)Di
sinilah Syiah menyengutukan Allah dengan Imam-Imam mereka dalam mengetahui
perkara ghaib.
1.2. Di antara Aqidah Syiah yang
sungguh menyesatkan ialah Aqidah Bada’. Aqidah ini juga telah dipopularkan oleh Ibn Saba’.
1.2.1.
Bada’ bermakna:(a) Nyata atau jelas sesuatu setelah tersembunyi seperti yang
terpakai dalam firman Allah yang berbunyi:-"وبدا لهم من الله ما لم يكونوا
يحتسبون"“Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang tidak pernah
terfikir oleh mereka” (Surah Az-Zumar Ayat 47)(b) Timbul fikiran baru tentang sesuatu
setelah melihat keadaan yang berlainan dari apa yang ada dalam pengetahuan
seseorang sebelumnya. Ini terpakai dalam firman Allah yang berbunyi :-" ثم
بدا لهم من بعد ما رأو الأيت ليسجننه حتى حين"“Kemudian timbul fikiran pada
mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka mesti
memenjarakannya hingga ke suatu masa” (Surah Yusuf , Ayat 35)Kesimpulannya
Bada’ bererti jahil tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Golongan Syiah
mempercayai Allah bersifat dengan sifat al-Bada’.Di dalam al-Kafi terdapat satu
riwayat yang dikemukakan oleh al-Kulaini dari ar-Rayyan Bin as-Salt, dia
berkata: “Aku mendengar ar-Ridha a.s berkata: “Tidak ada seorang pun nabi yang
diutus Allah melainkan ia membawa ajaran tentang haramnya arak dan ajaran yang
memperakui Allah bersifat dengan al-Bada’.” ( al-Usul Min al-Kafi jilid 1
hal.148)Hakikat Bada’ ini dihuraikan oleh satu riwayat lain dengan lebih jelas
lagi, iaitu riwayat yang dikemukakan oleh al-Kulaini juga dari Abi Hasyim
al-Ja’afari katanya: “Pernah aku berada di samping Abi al-Hassan a.s.
sepeninggalan anaknya Abu Ja’afar. Ketika itu aku berfikir di dalam diriku dan
mahu menceritakan kepadanya apa yang terlintas di hatiku. Seolah-olah Abu
Ja’afar dan Abu Muhammad dalam keadaan ini seperti Abu al-Hassan bin Musa dan
Ismail bin Ja’afar bin Muhammad. Kisah kedua-duanya sama kerana Abu Muhammad
yang diharapkan (menjadi Imam sepeninggalan Abu Ja’afar). Tiba-tiba Abu
al-Hassan menghadap ke arahku sebelum lagi aku menceritakan isi hatiku
kepadanya, terus dia berkata: “Ya, Wahai Abu Hasyim memang telah berlaku kepada
Allah berhubung dengan Abu Muhammad sepeninggalan Abu Ja’afar apa yang Ia
(Allah) tidak mengetahui sebelumnya seperti mana telah berlaku kepada Allah
tentang Musa sepeninggalan Ismail. Perkara ini memang seperti apa yang
terlintas di hatimu walaupun tidak disenangi oleh orang-orang yang sesat. Abu
Musa adalah anakku yang menjadi pengganti sesudahku kerana padanya ada
pengetahuan yang diperlukan dan bersamanya ada alat Imamah.” (al-Usul Min
al-Kafi jilid 1 hal: 327).An-Naubakhti menyebutkan bahawa Ja’afar bin Muhammad
al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya dan beliau
telah mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika
beliau masih hidup. Maka Ja’afar pun berkata: “Tidak pernah berlaku kepada
Allah (al-Bada’) berhubung dengan sesuatu seperti mana berlaku kepadanya
berhubung dengan Ismail anakku.” (Firaq as-Syiah hal. 84).
1.2.2.
Untuk menguatkan lagi aqidah al-Bada’ ini golongan Syiah mengemukakan riwayat yang
kononnya berasal daripada Muhammad al-Baqir bahawa Nabi Luth a.s. juga bimbang
akan berlaku Bada’ pada Allah sehingga Baginda tidak sabar-sabar lagi meminta
para malaikat yang diutuskan untuk menyiksa kaumnya supaya menyegerakan
penyiksaan terhadap mereka sebelum berlaku perubahan pada kehendak Allah kerana
sesuatu sebab yang tersembunyi kepadaNya sebelum itu dan baru nyata kemudian
setelah berlaku sebab itu (al-Bada). Inilah dialog Nabi Luth dengan para
Malaikat yang tersebut di dalam riwayat itu:-Luth berkata kepada mereka: “Wahai
utusan-utusan Tuhanku, apakah perintah Tuhanku kepada kamu terhadap
mereka?”Para Malaikat menjawab: “Ia memerintah kami supaya menimpakan azab ke
atas mereka pada dinihari nanti.”Nabi Luth berkata: “Aku ada hajat dengan kamu.”Mereka
tanya: “Apakah hajatmu itu?”Nabi Luth berkata: “Kamu timpakanlah azab ke atas
mereka sekarang juga kerana aku bimbang akan berlaku Bada’ kepada Tuhanku
tentang mereka.”Para malaikat berkata: “Wahai Luth! Sesungguhnya masa yang
dijanjikan untuk menimpakan azab ke atas mereka itu ialah Subuh, bukankah Subuh
itu sudah hampir?”(al-Furu’ Min al-Kafi Jilid 5 Hal: 546).
1.2.3.
Al-Bada’ mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam aqidah Syiah sehingga mereka
menganggapnya sebagai pernyataan ubudiyyah terhadap Allah yang tidak ada tolok
bandingnya. Mereka meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir bahawa beliau berkata:
“Tidak ada satu pun pernyataan ubudiyyah kepada Allah yang menyamai al-Bada’.”
(al-usul Min al-Kafi Jilid 1 hal: 146).Daripada Ja’afar as-Sadiq pula mereka
meriwayatkan bahawa beliau berkata: “Tiada suatu pun cara pengagungan terhadap
Allah yang menyamai al-Bada’.” (Ibid).Dari Ja’afar as-Sadiq juga, mereka
meriwayatkan bahawa beliau berkata: “Sekiranya manusia mengetahui pahala yang
terdapat pada memperkatakan dan mempercayai al-Bada’ tentulah mereka tidak
jemu-jemu memperkatakannya.” (al-Usul Min al-Kafi Jilid 1 hal: 148).Lihatlah
bagaimana Syiah menghubungkan sifat jahil kepada Allah s.w.t dan menganggapnya
sebagai puncak pernyataan ubudiyyah kepada Allah sedangkan Allah s.w.t telah
berfirman:-" وأن الله قد احاط بكل شيء علما"“Dan sesungguhnya Allah
ilmunya meliputi segala sesuatu”. (al-Talaq Ayat 12).Firman Allah s.w.t:-"
والله بكل شىء عليم "“Allah Maha mengetahui tentang segala sesuatu”. (Surah
An Nisa’ Ayat 176)Firman Allah s.w.t:-" إن الله لا يخفى عليه شىء في الأرض
ولا في السمآء"“Sesungguhnya tidak ada satu pun yang tersembunyi kepada
Allah baik di bumi mahupun di langit”. (Surah Ali Imran Ayat 5).Firman Allah
s.w.t:-" هو الله الذى لآاله إلا هو عالم الغيب والشهادة هو الرحمن
الرحيم"“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang
ghaib dan yang nyata, Dialah yang maha pengasih lagi maha penyayang”. (Surah
al-Hasyr ayat 22).
1.4.
Aqidah al-Imamah dan al-Walayah, iaitu kepercayaan bahawa Imam-Imam dua belas
itu dilantik berdasarkan nas dan mereka adalah ma’asum serta wajib ditaati.
1.5.
Aqidah Takfir as-Sahabah, iaitu satu aqidah yang mengkafirkan kebanyakkan para
sahabat dan menganggap mereka telah murtad setelah wafat Rasulullah s.a.w.
kecuali tiga atau empat orang dari mereka sahaja.
1.6.
Ar-Raj’ah iaitu satu aqidah dan kepercayaan Syiah tentang para Imam akan
dibangkitkan sebelum kiamat untuk menuntut bela dan menghukum orang-orang zalim
yang telah merampas hak-hak mereka.
Sememangnya
musuh-musuh Islam yang merupakan pengasas Syiah melalui ajaran yang
diada-adakan mereka bermaksud supaya diketepikan dan diperkecilkan syariat yang
dibawa oleh Nabi s.a.w. Syariat yang dikemukakan oleh mereka tentu sekali akan
bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunah.
2.1. Jika
al-Quran menyatakan bahawa “Seseorang akan diberi balasan dan ganjaran mengikut
amal yang dilakukan olehnya” (an-Naml ayat 39), “Seseorang manusia tidak
menanggung dosa seseorang yang lain” (al-An’am ayat 164), “Tiap-tiap diri
bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya” (al-Muddatsir ayat 38),
“Orang-orang yang tidak bersembahyang akan dimasukkan ke dalam neraka”
(al-Muddatsir ayat 41 dan 42), “Orang-orang yang menyengutukan Allah dengan
sesuatu yang lain dan membunuh orang-orang yang tidak bersalah dan orang-orang
yang berzina akan diisikan kedalam neraka pada hari Qiamat nanti kecuali yang
bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh” (al-Furqan ayat 68, 69 &
70), maka Syiah pula akan mengatakan itu semua tidak penting asalkan seseorang
sudah mempunyai perhubungan kasih sayang dengan para Imam.Mereka meriwayatkan
bahawa Ja’afar as-Sadiq berkata kepada golongan Syiah: “Ketahuilah demi Allah!
Tidak akan masuk ke dalam neraka dua orang pun dari kalangan kamu. Tidak! Demi
Allah! Tidak seorang pun!” (ar-Raudhah Jilid 8 hal: 78).Ja’afar as-Sadiq
berkata kepada Syiah (menurut riwayat Syiah): “Sesungguhnya suratan amalan
setiap orang dari kamu akan dipenuhkan (dengan pahala tanpa sebarang amalan).”
(Ibid-Jilid 8 hal: 315)Lebih dari itu Ja’afar as-Sidiq berkata bahkan dia akan
bersama Nabi dalam darjat mereka (Nabi) pada hari Qiamat nanti. (Muqadimah
al-Burhan hal: 21).Ibnu Babwaih al-Qummi meriwayatkan dari Abi al-Hasan
ar-Ridha (Imam Ma’asum yang kelapan di sisi Syiah) bahawa Qalam diangkat (tidak
dicatitkan dosa) dari Syiah kita. Tidak seorang pun dari Syiah kita yang
melakukan dosa atau kesalahan melainkan pasti akan ada perkara yang
menghapuskan dosa-dosanya itu walau pun dia melakukan dosa sebanyak titisan
hujan, sebanyak bilangan anak batu dan pasir, sebanyak bilangan duri dan pokok.
(Uyunu Akhbari ar-Ridha Jilid 2 hal: 236).Mereka juga meriwayatkan satu hadis
Qudsi (yang direka oleh mereka) bahawa Allah berfirman:- “Ali bin Abi Talib
adalah hujahKu atas makhlukKu dan cahayaKu dalam kerajaanKu dan pemegang amanah
ilmuKu. Tidak akan masuk ke dalam neraka orang yang mengenalinya walaupun ia
mengingkariku.” (Muqaddimah al-Burhan hal: 23 dan Kitab al-Khisal al-Qummi,
jilid 2 hal: 583).Ini bererti untuk masuk ke syurga seseorang itu tidak perlu
terikat kepada syariat asalkan ia telah mencintai Ali dan Imam-Imam sesudahnya
dan untuk menghindarkan diri dari neraka tidak perlulah seseorang itu
meninggalkan maksiat asalkan ia telah mengenali dan menerima Imam dua belas.
Setelah itu bebaslah ia melakukan apa sahaja yang dikehendakinya kerana Allah
akan mengampunkan mereka, dan mereka akan dimasukkan ke dalam Syurga.
2.2.
Golongan Syiah juga tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat dan haji
kerana mereka ada meriwayatkan daripada Ja’afar as-Sadiq bahawa beliau berkata:
“Sesungguhnya Allah menghindarkan azab dan kebinasaan daripada orang yang tidak
bersembahyang dari kalangan kita dengan orang yang bersembahyang daripada Syiah
kita. Dan sesungguhnya Allah menghindarkan (azab dan siksaan) daripada Syiah
yang tidak mengeluarkan zakat dengan Syiah kita yang mengeluarkan zakat dan
sesungguhnya Allah menolak azab dan siksaan daripada Syiah kita yang tidak
mengerjakan haji dengan Syiah kita yang mengerjakannya.” (Tafsir al-Qummi,
jilid 1 hal: 83 dan 84 Tafsir al-Ayyasyi jilid 1 hal: 135). Mereka tidak
memandang berat kepada sembahyang, zakat dan haji kerana dengan adanya
segolongan daripada orang yang mengerjakan sembahyang dan menunaikan haji sudah
mencukupi.Tetapi di sebalik pandangan sepi mereka terhadap ajaran dan syariat
yang ditekankan dan digalakkan oleh Rasulullah s.a.w., mereka mengadakan
syariat yang lain sebagai gantinya. Mereka menggalakan supaya mengerjakannya
dan diperbanyakkan pula fadhilat dan keutamaan orang yang mengerjakannya iaitu
syariat cintakan ahlulbait, ziarah kubur para Imam, menangisi dan meratapi
kematian mereka, menyebarluaskan perhubungan seks yang bebas atas nama kahwin
mut’ah, mewajibkan khumus atas nama Imam mereka yang ghaib, mengutamakan tanah
Karbala berbanding dengan tanah Mekah dan Madinah, menambah ucapan Syahadah
dalam azan dan lain-lain lagi.
2.3.
Untuk membuktikan syariat yang diada-adakan oleh mereka itu, mereka
mengemukakan riwayat-riwayat (yang direka oleh mereka) dan mentakwilkan
ayat-ayat sebagai alasan dari pihak syarak atau sebagai surat-surat pengampunan
dan keredhaan dari pihak Allah dan Nabi untuk masuk syurga.
2.3.1.
Mereka umpamanya meriwayatkan bahawa menziarahi Husin a.s. (kuburnya) menyamai
seratus haji Mabrur dan seratus haji umrah yang diterima Allah.
(al-Irsyad-Syeikh Mufid Hal: 252).
2.3.2. Mereka
meriwayatkan juga bahawa Nabi ada bersabda: “Seseorang yang menziarahi Husin
selepas kematiannya pastilah dia mendapat syurga.”
2.3.3.
Untuk mendapat syurga, seseorang yang tidak mampu menziarahi kubur Saiyidina
Husein, cukuplah ia menangisi kesyahidan beliau sebagaimana yang diriwayatkan
daripada Muhamad al-Baqir bahawa beliau berkata tidak jatuh setitik air mata
kerana menagisi al-Husin melainkan pasti Allah akan mengampunkan dosa seseorang
itu walaupun banyaknya dosa itu seperti buih-buih di laut dan pastilah dia
mendapat syurga. (Jila-u al-Uyun- al-Majlisi, jilid 2 Hal: 464 – 468).
2.3.4.
Begitu juga mereka meriwayatkan seseorang yang menangisi Ali ar-Ridha (Imam
Ma’asum yang kelapan) pasti akan diharamkan Allah neraka ke atasnya. Ali
ar-Ridha berkata; “Tiada seseorang Mukmin pun yang menziarahi kuburku dan
mukanya dibasahi setitik air mata melainkan Allah akan mengharamkan tubuhnya
atas neraka.” (Uyun Akhbari ar-Ridha, jilid 2 Hal: 227)
2.3.5.
Mereka meriwayatkan dari Imam Musa al-Kazim, (Imam Ma’asum yang ketujuh) bahawa
beliau berkata: “Sesiapa yang menziarahi kubur anakku Ali pahalanya di sisi
Allah menyamai pahala tujuh puluh haji mabrur.” Aku berkata (kata perawi):
“Tujuh puluh haji?” Dia berkata: “70,000 haji.” Kemudian dia berkata: “Alangkah
banyak haji yang tidak diterima! Dan sesiapa yang menziarahinya (Ali) lalu
bermalam dikuburnya, dia seperti menziarahi Allah di arasyNya.” (Kata perawi):
“Seperti menziarahi Allah di arasyNya?” Dia menjawab: “Ya.” (Ibid, jilid 2 hal:
259)
2.4.
Islam mengadakan institusi perkahwinan demi menjaga keturunan manusia dan
kemurniaan hidup berkeluarga dalam satu ikatan tanggungjawab tetapi sebaliknya
Syiah mahu menghidupkan amalan jahiliah atas nama Islam dengan mengemukakan
syariah mut’ah, meminjam dan menyewakan seks dan menghalalkan amalan kaum Luth
dengan isteri-isteri mereka. Kedudukan mut’ah ini begitu penting dalam syariah
Syiah . Seseorang itu tidak dianggap sebahagian dari mereka selagi ia tidak
menganggap halal amalan mut’ah.
2.4.1.
Al-Kulaini meriwayatkan dari Ja’afar bin Muhamad al-Baqir bahawa beliau berkata
(bermaksud): “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah
(kebangkitan semula kami para Imam sebelum kiamat untuk menghukum orang yang
menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak menganggap halal mut’ah kita.”(Man
La Yahdhuruna al-Fiqah, jilid 3 m.s. 458, Muntaha al-Amal-Syikh Abbas al-Qummi,
j.2, Hal: 341.Untuk menggalakkan amalan Mut’ah ini mereka mengadakan sekian
banyak hadits palsu atas nama para Imam mereka yang dua belas dan Nabi s.a.w.
sendiri di mana mereka meriwayatkan dari Nabi, bahawa Baginda bersabda:
“Sesiapa yang keluar dari dunia (mati) dalam keadaan tidak pernah melakukan
mut’ah, ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan rompong.”Ketika Nabi
s.a.w mi’raj ke langit Baginda telah ditemui oleh Jibril, lalu berkata: “Wahai
Muhammad, Allah Tabarakawata’ala berkata: “Sesungguhnya Aku telah mengampunkan
orang yang melakukan mut’ah dengan perempuan dari kalangan umatmu.”(Manla
Yadhuruhu al-Faqih jilid 3, m.s.: 463).
2.4.2.
Perkahwinan Mut’ah tidak memerlukan kepada saksi, wali dan perisytiharan.
(Tahzib al-Ahkam jilid 7 Hal 254, an-Nihayah. Hal 489).Ini boleh dilakukan di
antara seorang perempuan dan seorang lelaki di mana-mana sahaja, boleh
dilakukan dengan perempuan Majusi, Nasrani dan Yahudi dan dengan perempuan
pelacur sekalipun seperti kata Khomeini di dalam kitabnya “Tahrir al-Wasilah”,
jilid 2, Hal: 292 - “Tidak perlu disoal dan diambil tahu samada perempuan itu
mempunyai suami atau tidak.” (an-Nihayah at-Thusi hal: at-Thusi Hal: 489,
Tahzib al-Ahkam jilid 7 Hal: 253).At-Thusi meriwayatkan dari Fadhal Maula Ahmad
bin Rasyad bahawa dia menceritakan kepada Ja’afar as-Sadiq a.s.: “Bahawa aku
telah berkahwin dengan seorang perempuan secara mut’ah setelah itu timbul dalam
hatiku bahawa perempuan itu mempunyai suami. Tiba-tiba aku dapati memang benar
dia mempunyai suami.” Dia (Ja’afar) berkata: “Kenapa kamu selidiki?” (Tahzib
al-Ahkam jilid 7 Hal: 253).Pernah Abdullah bin Umair al-Laisi menemui Abu
Ja’afar (Muhammad al-Baqir). Lalu Abdullah berkata kepadanya: “Apa pendapatmu
tentang mut’ah?” Beliau berkata: “Allah telah menghalalkan dalam kitabNya dan
melalui nabi. Ia adalah halal sampai hari kiamat.” Lalu Abdullah bin Umair al-Laisi
berkata: “Wahai Abu Jaafar, adakah orang sepertimu berkata begini sedangkan
Umar mengharamkan dan melarang daripada melakukannya?” Berkata Abu Jaafar:
“Walaupun Umar mengharamkannya dan melarang daripadanya!” Abdullah bin Umair
berkata: “Aku minta supaya engkau dilindungi Allah daripada menghalalkan
sesuatu yang diharamkan Umar.” Abdullah bin Umair berkata, maka Abu Jaafar
berkata kepadanya: “Engkau berada di atas pendapat ikutanmu dan aku berada di
atas keputusan Rasulullah. Mari kita saling memohon kepada Tuhan supaya
dilaknatkan (orang yang tidak benar di antara kita). Aku yakin yang benar apa
yang diputuskan oleh Rasulullah dan yang salah apa yang diputuskan oleh
ikutanmu.” Berkata perawi, Abdullah bin Umair pun mengadap Abu Jaafar seraya
berkata: “Adakah engkau suka isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu
saudara-saudara perempuan dan sepupu-sepupu perempuan dilakukan mut’ah?”
Berkata perawi, maka berpalinglah Abu Jaafar daripada Abdullah bin Umair ketika
ia menyebutkan isteri-isterinya dan sepupu-sepupu perempuannya. (al-Furu’Min
al-Kafi, jilid 5 Hal: 449; Tahzib al-Ahkam jilid 7 Hal: 251).
2.4.3.
Abu Jaafar telah ditanya tentang sekurang-kurang umur perempuan yang boleh
dilakukan Mut’ah. Beliau menjawab, iaitu kanak-kanak yang tidak tertipu. Berkata
perawi, aku pun berkata: “Semoga Allah mendamaikan engkau. Berapakah minima
umur perempuan yang tidak tertipu.” Beliau menjawab: “Sepuluh tahun.”
(al-Istibsar, jilid 3 Hal:145, Tahzib al-Ahkam jilid 7, Hal: 225, al-Furu’Min
al-Kafi, jilid 5 Hal: 463)Al-Hulli dalam kitab fiqahnya yang bernama Syaraain
al-Islam, (jilid 2 Hal: 186), “Seseorang gadis cerdik yang sudah baligh boleh
mengakadkan mut’ahnya sendiri. Walinya tidak berhak membantah, samada ia masih
dara atau janda.”
2.4.4.
Perempuan boleh dikahwini secara mut’ah mengikut Syiah tanpa had. Ia tidak
terbatas sampai empat orang sahaja, tetapi mengikut apa yang mereka riwayatkan
dari Jaafar as-Sadiq beliau ada berkata: “Berkahwinlah dengan mereka secara
mut’ah walaupun sampai seribu orang kerana mereka itu termasuk di antara
perempuan yang disewakan.” (al-Istibar jilid 3 Hal: 147; Tahzib al-Ahkam jilid
7 Hal: 259)
2.4.5.
Mas kahwin untuk nikah mut’ah pula tidak terlalu besar, hanya memadai dengan
segenggam gandum atau segenggam makanan atau buah tamar. (al-Furu Min al-Kafi,
jilid 5 Hal: 457; Tahzib al-Ahkam jilid 7 Hal: 259)
2.4.6.
Berkenaan dengan jangkamasa mut’ah itu boleh dilakukan dapat kita ketahui dari
riwayat yang dikemukakan oleh mereka dari Abu Hasan Ali bin Muhamad al-Jawad
bahawa beliau pernah ditanya: “Berapa lamakah sekurang-kurangnya tempoh mut’ah
itu boleh dilakukan? Adakah harus seseorang melakukannya dengan syarat sekali
persetubuhan?” Beliau menjawab: “Ya, tidak mengapa tetapi bila selesai
hendaklah memalingkan mukanya dan tidak memandang lagi (kepada perempuan itu).”
(al-Furu’ Min al-Kafi jilid 5, Hal: 460, al-Istibar jilid 3 Hal: 151).
2.4.7.
Selain dari itu, seseorang lelaki boleh berkahwin secara Mut’ah dengan seorang
perempuan beberapa kali sebagaimana yang diriwayatkan dari Ja’afar as-Sadiq
bahawa beliau berkata: “Tidak mengapa, seseorang boleh melakukan mut’ah dengan
seseorang perempuan seberapa banyak kali yang dikehendakinya.” (al-Furu’ Min
al-Kafi, jilid 5 Hal: 460)2.4.7Bahkan lebih dari itu golongan Syiah berpendapat
harus menyewakan faraj dan menghadiahkan kepada sahabat handai. At-Thusi
meriwayatkan dari Abu Hasan bahawa dia berkata: “Aku bertanya Abi Abdillah a.s.
tentang peminjaman faraj. Dia menjawab: “Tidak mengapa.” (al-Istibsr jilid 3
Hal: 141).Dengan pembohongan dan pendustaan yang sedemikian itu pada hakikatnya
Syiah mahu membuka pintu pelacuran dan perhubungan seks secara bebas tanpa
sebarang sekatan dengan seluas-luasnya.
2.4.8.
Lebih dari itu lagi golongan Syiah mengharuskan seseorang mengamalkan amalan
kaum Luth dengan isterinya atas nama Ahlil Bait. Al-Khulaili meriwayatkan dari
al-Ridha bahawa beliau ditanya oleh Safuan bin Yahya: “Salah seorang hamba
bebasanmu menyuruh aku bertanya engkau.” Al-Ridha berkata: “Apa pertanyaan
itu?” Aku berkata: “Bolehkah seseorang mendatangi isterinya pada duburnya?”
Al-Ridha menjawab: “Itu haknya.” Berkata Safuan: “Maka aku pun bertanya dia:
“Adakah engkau melakukannya?” Ar-Ridha menjawab: “Kami tidak melakukannya.”
(al-Fur’ Min al-Kafi jilid 5, Hal: 40, al-Istibsar Hal: 243 – 244).Diriwayatkan
juga dari Abu Hasan ar-Ridha (Imam Ma’sum yang kelapan) satu riwayat yang lebih
jelas dan lebih jelik daripada riwayat di atas, kerana at-Thusi meriwayatkan
bahawa beliau (al-Ridha) ditanya oleh seseorang lelaki tentang seorang yang
mendatangi isterinya dari belakang (pada dubur). Al-Ridha menjawab: “Satu ayat
dalam kitab Allah telah menghalalkannya, iaitu kata-kata Nabi Luth a.s. yang
dihikayatkan oleh Allah;"هؤلآء بناتي هن اطهر لكم"“Ini anak-anak
perempuanku lebih suci untuk kamu.” (Hud ayat 78 )Sedangkan Nabi Luth sudah
maklum bahawa mereka tidak menghendaki faraj. Sebagaimana mereka meriwayatkan
dari Ja’afar as-Sadiq melalui Abdullah bin Abi Ya’afur bahawa beliau berkata:
“Aku bertanya Abu Abdullah (Ja’afar as-Sadiq) tentang seorang yang mendatangi
isteri pada duburnya.” Dia berkata: “Tidak mengapa jika isterinya suka.” Aku
pun berkata di mana firman Allah yang berbunyi:" فأتوهن من حيث امركم
الله"“Datangilah mereka itu ditempat yang diperintahkan Allah kepadamu.”
(al-Baqarah Ayat 222)Lalu Ja’afar bin as-Sadiq menjawab: “Tempat itu untuk
mencari anak.”(Tahzib al-Ahkam, jilid 7, Hal: 414, al-Istibsar jilid 3 Hal:
243)
3.1.
Kebiadaban dan penghinaan
3.1.1.
Kebiadaban dan Penghinaan terhadap Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.Orang-orang Syiah
dan orang-orang yang diracuni fikirannya oleh fahaman Syiah pasti akan bersifat
biadap terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul.Maulla Baqir al-Majlisi meriwayatkan
secara dusta dalam kitabnya Biharu al-Anwar daripada Nabi s.a.w. bahawa Nabi
s.a.w berkata kepada Ali: “Wahai Ali! Engkau memiliki apa yang tidak dimiliki
olehku, Fatimah isterimu, sedangkan aku tidak mempunyai isteri yang
seumpamanya. Daripadanya engkau memperolehi dua orang anak lelaki yang mana
tidak ada bagiku dua orang anak laki-laki seumpamanya. Khadijah pula ibu
mertuamu sedangkan aku tidak mempunyai ibu mertua yang penyayang seumpamanya.
Aku sendiri bapa mertuamu. Sedangkan aku tidak mempunyai saudara seumpama
Jaafar. Fatimah al-Hasyimiah adalah ibumu, dimana akanku dapat ibu seumpamanya.”
(Kitab Biharu al-Anwar – Kitabu asy-Syahadah, jilid 5 Hal 511).Al-Kulaini
menyebutkan bahawa darjat Imamah adalah lebih tinggi dari darjat kenabian,
kerasulan dan khullah. Untuk maksud itu dia (Kulaini) telah berdusta atas nama
Jaafar as-Sadiq, bahawa beliau berkata: “Sesungguhnya Allah menjadikan Ibrahim
sebagai hamba sebelum menjadikannya sebagai nabi dan menjadikannya sebagai nabi
sebelum menjadikannya sebagai rasul dan sesungguhnya Allah menjadikannya
sebagai khalil sebelum menjadikannya sebagai Imam.” (Kitabu al-Hujjah Min
al-Kafi, jilid 1 Hal: 175).Al-Kulaini meriwayatkan lagi daripada Saif at-Tammar
bahawa beliau berkata: “Kami pernah bersama Abi Abdillah a.s. dalam satu
kumpulan di Hijir Ismail, maka Abu Abdullah berkata: “Adakah mata-mata gelap mengikut
kita?” Kami pun berpaling ke kanan dan ke kiri, tidak kelihatan kepada kami
sesiapapun. Maka beliau pun berkata: “Demi Tuhan Kaabah! Demi Tuhan binaan ini!
(3 kali) Kiranya aku berada di antara Musa dan Khadir a.s. tentu aku
menceritakan kepada mereka berdua bahawa aku lebih alim daripada mereka berdua
dan tentu aku akan menyatakan kepada mereka berdua apa yang tidak diketahui
oleh mereka sesungguhnya mereka telah dikurniakan ilmu tentang masa lampau.
Untuk mereka berdua tidak dikurniakan ilmu tentang apa yang akan terjadi dan
apa yang berlaku sampai hari qiamat.” (Usul Kafi, jilid 1 hal:
261).Diriwayatkan juga dari Jaafar as-Sadiq: “Sesungguhnya aku mengetahui apa
yang ada di langit dan di bumi. Aku mengetahui apa yang ada di syurga dan di
neraka. Aku mengetahui ilmu tentang zaman silam dan ilmu tentang zaman akan
datang.” (Ibid)Mereka menganggap bala yang menimpa Nabi Ayub dan Nabi Yunus
ditelan ikan sehingga terpaksa terkurung di dalam perut ikan sampai beberapa
lama itu, tidak kerana lain melainkan kerana mereka mengingkari Walayah Ali.
(Tafsir Nurrul Tsaqalain jilid 3 Hal: 435)
3.1.2. Kebiadaban dan Penghinaan
Terhadap Isteri-Isteri Nabi S.A.W.Maulla Baqir al-Majlisi mengadakan satu bab yang
khusus dalam kitabnya, “Hayatu al-Qulub” bertajuk “Bab Yang Ke 55 pada
menyatakan kecelakaan Aisyah dan Hafsah” (jilid 2 Hal: 610 – 612). Di dalam bab
ini berkali-kali pengarangnya mengatakan Aisyah dan Hafsah sebagai munafik dan
kafir. Beliau mengemukakan riwayat yang kononnya muktabar tentang Aisyah dan Hafsahlah
yang telah meracuni Nabi sehingga mengakibatkan kewafatan Baginda. Al-Aisyyasyi
telah meriwayatkan dengan sanad yang muktabar dari Imam Ja’afar Sadiq bahawa
Aisyah dan Hafsah telah mensyahidkan Rasulullah s.a.w. dengan meracuni
Baginda.Di suatu tempat yang lain didalam kitab yang sama Mulla Baqir
al-Majlisi meriwayatkan dari tokoh tafsir Syiah yang terkemuka dari kalangan
Mutaqaddimin, iaitu Ali bin Ibrahim al-Qummi bahawa Sayyidina Abu Bakar dan
Saidina Umar bersama anak perempuan mereka masing-masing telah mengadakan
pakatan untuk membunuh Nabi dengan meracuni Baginda, begini bunyinya, “Maka dua
munafik lelaki itu dan dua munafik perempuan itu (Aisyah dan Hafsah) telah
mengadakan pakatan untuk membunuh Baginda dengan memberikan racun kepada
Baginda.” (Ibid).
3.1.3. Kebiadaban dan Penghinaan
Terhadap Sahabat-Sahabat Rasulullah S.A.W yang lain.Golongan Syiah mempercayai bahawa
para sahabat telah murtad sepeninggalan Rasulullah s.a.w. kecuali tiga atau
empat orang dari kalangan mereka. Tidak ada lagi kebiadaban dan penghinaan yang
lebih dahsyat dari ini.Al-Kulaini yang dianggap sebagai Bukhari di kalangan
Syiah telah meriwayatkan bahawa para sahabat telah murtad sepeninggalan Nabi
kecuali tiga orang daripada mereka, iaitu Miqdad bin Aswad, Abu Zar al-Ghifari
dan Salman al-Farisi. (al-Raudhah Min al-Kafi jilid.8, Hal 245)Perkara yang
sama telah disebut oleh al-Majlisi yang dianggap sebagai “Khatimatu
al-Muhadditsin” di kalangan Syiah bahawa, maksudnya:-“Para sahabat semuanya
binasa, selepas wafat Rasulullah s.a.w. kecuali tiga orang iaitu Abu Zar,
Miqdad dan Salman.” (Hayatul Al-Qulub, jilid 2, Hal: 640).
3.2. Diantara ciri yang tidak
dapat dipisahkan dari Syiah ialah “Taqiyyah”.Taqiyyah pada hakikatnya ialah berdusta dan
berbohong. Ulamak Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang
dikemukakan oleh mereka lantaran jelas mereka mengamalkan pembohongan kerana
itu Imam Syafie berkata: “Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa
nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syiah.”
3.2.1. Syiah
ada meriwayatkan hadis dari Imam mereka tentang pentingnya mengamalkan taqiyyah
dan tiada agama bagi orang yang tidak mengamalkan taqiyyah. Al-Kulaini
meriwayatkan dalam kitabnya al-Kafi bahawa Jaafar as-Sadiq berkata: “Taqiyyah
adalah di antara ajaran agamaku dan agama nenek moyangku. Tiada agama bagi
orang yang tidak mengamalkan taqqiyyah.”(al-Kafi, jilid 2 Hal:223).
3.2.2.
Taqqiyyah adalah amalan yang disukai oleh Imam Maksum dan satu amalan yang
meninggikan darjat seseorang di sisi Allah. Al-Kulaini meriwayatkan lagi dari
Ja’afar as-Sadiq bahawa beliau berkata: “Demi Allah, tiada sesuatu di atas muka
bumi ini yang lebih disukai olehku daripada taqiyyah.”
3.2.3.
Sesungguhnya seseorang yang mengamalkan taqqiyyah diangkat darjatnya oleh Allah
dan Allah merendahkan darjat orang yang tidak mengamalkannya. Al-Kulaini
meriwayatkan daripada Abi Abdillah beliau berkata: “Allah mengangkatkan darjat
orang yang mempunyai taqiyyah dan merendahkan orang yang tidak mempunyai
taqiyyah.” (Usul Kafi, jilid 2 Halaman: 217).
3.2.4.
Taqiyyah perlu dilakukan dalam kebanyakan kehidupan beragama sehingga ia
diamalkan dalam sembilan persepuluh kehidupan beragama. Al-Kulaini meriwayatkan
lagi dari Ja’afar as-Sadiq beliau berkata: “Sesungguhnya sembilan persepuluh
agama terletak dalam taqiyyah, Tiada agama bagi orang yang tidak bertaqiyyah.
Taqiyyah boleh dilakukan dalam semua hal, kecuali dalam masalah nabiz dan
menyapu khuf”. (al-Kafi, jilid 2 Halaman: 217)
3.2.5.
Bahkan ajaran agama Syiah sebenarnya ditegakkan di atas taqiyyah. Al-Kulaini
meriwayatkan dari Ja’afar as-Sadiq bahawa beliau berkata: “Sesungguhnya kamu
berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan Allah dan
sesiapa menyebarkannya akan dihina oleh Allah.” (al-Kafi, jilid 2 Halaman:
222).
3.2.6.
Taqiyyah adalah sesuatu yang wajib diamalkan oleh seseorang yang berfahaman
Syiah. Akan terkeluar dari Syiah jika tidak mengamalkannya. Diriwayatkan dari
Imam kelapan Ali bin Musa bahawa beliau berkata: “Tiada agama bagi orang yang
warak dan tiada iman bagi orang yang tidak bertaqiyyah.” Maka beliau ditanya:
“Wahai cucunda Rasulullah, sampai bilakah (perlu bertaqiyyah)?” Beliau
menjawab: “Sampai hari tertentu, iaitu munculnya Imam Mahadi. Sesiapa yang
tidak mengamalkan taqiyyah sebelum keluar Imam Mahadi, bukanlah ia dari
kalangan kami.” (Kasyful Ghummah al-Ardabili, Hal: 341).
3.2.7.
Kadang-kadang orang-orang Syiah berdalih dengan berkata bahawa taqiyyah itu
bukanlah amalan yang bercanggah dengan Islam kerana seseorang boleh mengucapkan
kalimah kufur dalam keadaan terpaksa dan dikerasi seperti yang berlaku pada
Ammar bin Yasir.Tetapi sebenarnya ini hanya dolak dalik mereka kerana terlalu
banyak riwayat Syiah yang mengemukakan contoh amalan taqiyyah dalam keadaan
tiada sebarang tekanan dan paksaan. Di antaranya adalah riwayat yang
dikemukakan oleh al-Kulaini dari Muhamad bin Muslim bahawa beliau berkata: “Aku
masuk untuk menemui Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq a.s.). Pada ketika itu
disisinya ada Abu Hanifah, lalu aku berkata kepadanya: “Semoga diriku dijadikan
tebusan untukmu. Aku telah bermimpi suatu mimpi yang aneh.” Maka beliau pun
berkata kepadaku: “Wahai Ibnu Muslim, kemukakanlah mimpimu itu. Sekarang ada
orang yang arif tentangnya di sini.” Sambil dia mengisyaratkan dengan tangan ke
arah Abu Hanifah. Aku pun menceritakan: “Aku bermimpi aku masuk ke dalam
rumahku. Tiba-tiba keluar isteriku dengan membawa banyak buah badam dan
dihamburkannya buah badam itu kepadaku. Aku berasa sungguh hairan dengan
mimpiku ini.”Maka Abu Hanifah pun menta’birkan mimpiku dengan berkata: “Engkau
akan bertengkar dan berhadapan dengan orang-orang yang bangsat berhubung dengan
harta pusaka isterimu, tetapi selepas engkau mengalami susah payah engkau akan
mendapat juga hajatmu dari harta pusaka itu, InsyaAllah.” Mendengar ta’bir itu
Abu Abdillah (Jaafar as-Sadiq) pun berkata: “Demi Allah! Tepat ta’birmu itu,
wahai Abu Hanifah!” Berkata Muhamad bin Muslim: “Tak lama kemudian Abu Hanifah
pun keluar dari sisinya (Jaafar as-Sadiq), lalu aku berkata kepadanya: “Semoga
diriku dijadikan tebusan untukmu. Aku tak suka kepada ta’bir nasib ini.” Lalu
ia berkata: “Wahai Ibnu Muslim! Semoga Allah tidak memburukkan padahmu! Ta’bir
mereka tidak akan menepati ta’bir kita dan ta’bir kita pula tidak akan menepati
ta’bir mereka, ta’bir mimpiku yang sebenar bukanlah seperti yang
diceritakannya.”Muhammad bin Muslim berkata: “Aku pun berkata kepadanya (Jaafar
as-Sadiq): “Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Bagaimana dengan katamu
tadi, “Tepat ta’birmu” dan engkau besumpah pula atas ta’birnya padahal dia
salah?” Beliau berkata: “Memang benar aku bersumpah tadi dan mengatakan ia
tepat, tetapi tepat salah.” (al-Kafi, jilid 8 Halaman: 292).Kita semua maklum
Abu Hanifah bukannya seorang penguasa dan pemerintah yang perlu digeruni dan
ditakuti bahkan dia adalah salah seorang yang tidak disenangi oleh pihak
penguasa, tetapi apakah yang mendorong Jaafar as-Sadiq bersikap demikian jika
tidak untuk menghidupkan amalan taqiyyah?.
3.2.8.
Khomeini sendiri mengajar Syiah mengamalkan taqiyyah ketika membicarakan tentang
perkara-perkara yang membatalkan solat, katanya: “Perkara kedua (yang
membatalkan sembahyang) ialah takfir iaitu meletakkan satu tangan di atas
tangan yang lain (dakap qiam) seperti yang dilakukan oleh orang-orang bukan
dari kalangan kita. Tetapi tidak mengapa melakukannya dalam keadaan taqiyyah.”
(Tahriru al-Wasilah jilid 1 Halaman: 186)Dia berkata lagi: “Dan sengaja
mengucapkan ‘amin’ selepas selesai membaca Fatihah (juga membatalkan
sembahyang) kecuali kerana taqiyyah, tidak mengapa mengucapkannya.” (Tahriru
al-Wasilah jilid 1 Halaman: 190).
Kebanyakan
orang Islam hari ini terdiri daripada orang-orang yang pengetahuannya tentang
Islam terlalu mendatar. Merekalah yang akan menjadi mangsa yang ketara kepada
ajaran Syiah kerana mengamalkan amalan yang langsung tidak ada kena mengenanya
dengan ajaran Islam yang suci murni.Merekalah yang akan memaki hamun
pejuang-pejuang Islam yang lampau terdiri daripada para sahabat, tabi’in, tabii
at-tabi’in yang telah begitu berjasa kepada mereka dan juga kepada umat Islam
seluruhnya dengan membawa Islam dengan penuh rasa tanggungjawab, generasi demi
generasi sehingga ke hari ini.
4.1.1.
Kehadiran Syiah akan memecahbelahkan umat Islam kerana menganggap golongan Ahli
Sunnah yang berpegang dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah sebagai kafir dan
lebih dasyat kekufurannya daripada iblis.Syeikh Mufid berkata: “Golongan
Imamiah sepakat bahawa semua pendokong-pendokong bidaah adalah kafir.” (Awaailu
al-Maqalat, Hal: 15).Ibnu Babwaih al-Qummi yang dianggap sebagai Syeikh Shaduq
(Syeikh yang sangat benar) berkata: “Orang yang tidak menerima (tidak
mempercayai) Imam Ghaib adalah lebih kafir dari iblis.” (Ikmalu ad-Din, Hal:
13)
4.1.2.
Ahli Sunnah khususnya dan semua masyarakat Islam pada pandangan Syiah adalah
anak zina kecuali mereka. Al-Kulaini meriwayatkan dalam al-Kafi bahawa manusia
semuanya adalah anak zina kecuali Syiah kita.” (Ar-Raudhah min al-Kafi, Hal:
135).Riwayat yang sama dikemukakan juga oleh al-Majlisi di dalam al-Baiharu
Al-Anwar, jilid 24 Hal: 311.
4.1.3.
Ahli Sunnah lebih hina dari anjing di sisi Syiah. Mulla Baqir al-Majlisi
menulis:“Mereka (Nashibi atau ahli Sunnah) lebih jelik dari anak zina,
sesungguhnya Allah tidak mencipta binatang yang lebih hina dari anjing tetapi
Nashibi adalah lebih hina daripadanya lagi.”(Haqqu al-Yaqin, jilid 2 Hal: 536).
4.1.4.
Golongan Syiah menganggap harta ahli Sunnah adalah halal, boleh dicuri dan
boleh dirampas. Mereka hanya perlu mengeluarkan khumus daripada harta Ahli
Sunnah yang dirampas itu. At-Thusi meriwayatkan dari Abi Abdillah, kata beliau:
“Ambillah harta Nashibi di mana sahaja kamu temui dan keluarkanlah 1/5 daripada
harta yang diambil itu kepada kami.” (Tahzibu al-Ahkam, jilid 4 Hal:
122-123).Tokoh-tokoh Syiah juga berpendapat bahawa harta Nashibi dan segala
sesuatu yang dimilikinya adalah halal. (Tahzibu Al-Ahkam, jilid 2
Hal:48)Perkara yang sama disebutkan juga oleh al-Hurrru al-Amili dalam kitabnya
Wasailu as-Syiah, jilid 6 Hal: 340.
4.1.5.
Golongan Syiah juga menganggap Ahli Sunnah najis. Khomeini berkata, “Ada
Nawasib (Ahli Sunnah) dan Khawarij (semoga mereka dilaknat oleh Allah) adalah
najis dan ini tidak terhenti kepada penafian mereka terhadap risalah.” (Tahriru
al-Wasilah, jilid 1 Hal: 118).
4.1.6. Sembelihan
Ahli Sunnah tidak halal di sisi Syiah seperti kata Khomeini: “Halal sembelihan
semua golongan-golongan dalam Islam kecuali sembelihan Nashibi walapun ia
menyatakan Islamnya.” (Ibid, jilid.2 Hal: 146).Tidakkah ajaran-ajaran yang
seperti ini akan memecahbelahkan umat Islam? Tidakkah fahaman-fahaman yang
seperti ini akan menimbulkan permusuhan, suasana benci membenci dan menyimpan
dendam kesumat yang berpanjangan di antara satu dengan yang lain?.Tentu sekali!
Inilah yang akan merupakan natijah dari kehadiran ajaran Syiah ke dalam
masyarakat umat Islam.
4.2.1.
Golongan Syiah menganggap Kufah adalah tanah haram. Bersembahyang dan berbuat
kebajikan padanya pasti mendatangkan pahala yang besar.Mereka meriwayatkan dari
Abi Abdillah a.s. bahawa beliau berkata: “Sesungguhnya Mekah adalah Tanah Haram
Allah dan Madinah adalah Tanah Haram Muhammad dan Kufah adalah tanah Haram Ali
a.s. Sesungguhnya Ali a.s. mengharamkan di Kufah apa yang diharamkan oleh
Ibrahim di Mekah dan apa yang diharamkan oleh Muhammad di Madinah.” (Syeikh
Abbas al-Qummi- Safinatu al-Bihar jilid 2 Halaman: 498 dan Mulla Mohsein
al-Kasyani-al-Wafi, jilid 8 Halaman: 215).Diriwayatkan dari Abi Abdillah bahawa
beliau berkata: “Membelanjakan satu dirham di Kufah sama dengan membelanjakan
100 dirham di tempat lain dan mengerjakan dua rakaat sembahyang padanya dikira
sama dengan mengerjakan 100 rakaat di tempat lain.” (Ibid)
4.2.2. Tanah
Karbala dianggap sebagai tanah yang suci. Tanahnya juga digunakan oleh
orang-orang Syiah sebagai tempat sujud dimana-mana sahaja di dunia ini. Jarang
sekali ditemui rumah Syiah yang tidak mempunyai tanah Karbala di dalam
berbagai-bagai bentuknya. Mereka juga menganggap tanah Karbala itu boleh
dimakan sebagai penawar yang boleh menghilangkan berbagai-bagai jenis
penyakit.Keutamaan yang seperti ini tidak dipercayai ada pada tanah-tanah yang
lain termasuklah tanah kubur Rasulullah s.a.w. dan para Imam. yang lain.
Khomeini berkata: “Dikecualikan daripada tanah (yang haram dimakan) tanah kubur
penghulu kita Abi Abdillah al-Husain a.s. sebagai ubat dan tidak harus dimakan
tanah ini dengan tanah lain dan tidak boleh juga dimakan lebih dari kadar
kacang putih yang sederhana, tidak termasuk didalam hukum boleh memakan tanah
ini, tanah kubur orang lain walaupun tanah kubur Nabi s.a.w. dan tanah kubur
para Imam a.s. yang lain.” (Tahriru al-Wasilah, jilid 2 Hal: 164).
4.2.3.
Golongan Syiah juga merayakan hari-hari besar orang-orang Majusi dan menganggap
sunat mandi pada hari itu.Khomeini berkata: “Di antaranya (di antara
mandi-mandi yang disunatkan itu) ialah mandi dua hariraya dan di antaranya lagi
ialah mandi pada hari Nauruz.” (Tahriru al-Wasilah, jilid 1 Hal: 98-99).
4.2.4.
Mereka juga mengadakan hari perkabungan kerana kesyahidan Sayyidina Hussain di
Karbala pada 10hb. Muharram di mana mereka melakukan bermacam-macam bidaah,
khurafat dan kekufuran.
4.3.1.
Syiah menganggap orang-orang Islam dari kalangan Ahli Sunnah halal darahnya dan
harus dibunuh terutama dengan cara yang tidak diketahui oleh sesiapapun.
Diriwayatkan dari Daud bin Farqad katanya: “Aku berkata kepada Abi Abdillah
a.s. apa katamu tentang membunuh Nashibi?” Beliau berkata: “Halal darahnya tetapi
aku bimbangkan dirimu. Sekiranya engkau boleh merobohkan dinding ke atasnya
atau engkau menenggelamkannya ke dalam air supaya tiada sesiapapun menyaksikan
pembunuhan itu maka lakukanlah.” (Ibn Babwaith Ilalu as-Syara’ Hal: 200,
Wasailu as-Syiah, jilid 18 Hal: 163, Biharu al-Anwar, jilid 27 Hal:
231).At-Thusi mengemukakan satu cerita yang mengisahkan Abu al-Buhair telah
membunuh 13 orang Islam kemudian datang bertemu Jaafar as-Sadiq dan
menceritakan kepadanya cara-cara pembunuhannya namun Jaafar as-Sadiq tidak
menyalahkannya. Abu Buhair menceritakan: “Di antara mereka ada yang aku naik ke
atas rumahnya dengan menggunakan tangga kemudian membunuhnya. Ada juga di
antara mereka yang aku panggil di muka pintunya pada waktu malam, apabila ia
keluar aku terus membunuhnya. Ada juga antara mereka yang aku temaninya di
dalam perjalanan bila sampai di tempat yang sunyi aku membunuhnya. Pembunuhan
mereka itu tidak diketahui oleh sesiapa pun.” (Rijal Kasyi, Hal: 343).
4.3.2.
Sifat Imam Mahdi yang ditunggu oleh Syiah begitu ganas dan kejam sehingga
kerjanya tidak lain selain dari membunuh dan menyembelih manusia, terutama
bangsa Arab dan kalangan Ahli Sunnah.Mereka menyatakan apabila muncul Imam
Mahadi nanti orang-orang Syiah akan menghadapkan setiap nasibi di hadapan Imam
Mahadi. Jika Nasibi itu mengakui Islam iaitu walayah, maka ia dibebaskan, jika
tidak akan dipenggal lehernya atau ia bersedia membayar jizyah sebagai ahli
Zimmi. (Biharu al-Anwar, jilid 52 Hal: 373, Tafsir Furat bin Ibrahim, Hal:
100).Mereka mengatakan lagi bahawa pada ketika kemunculan Imam Mahadi nanti
tiada layanan yang lain diberikan kepada orang Arab selain menyembelih mereka.
(Kitab al-Ghaibah, Hal: 155, Biharu al-Anwar, jilid 52 Hal: 349).
4.3.3.
Imam Mahadi yang dinantikan kemunculannya itu yang mengikut kepercayaan ahli
Sunnah akan memenuhi bumi dengan keadilan, setelah ianya dipenuhi dengan
kezaliman, dianggap oleh Syiah sebagai orang yang akan merobohkan Kaabah dan
akan memotong tangan dan kaki penjaga Tanah Haram.Syeikh Mufid menyebutnya bahawa:
“Apabila Imam Mahadi muncul dia akan merobohkan Masjidil Haram dan memotong
tangan Bani Syaibah kemudian menggantungkannya di Kaabah serta ditulis
kepadanya: “Mereka inilah pencuri-pencuri Kaabah.”(al-Irsyad Hal: 411,
at-Thusi- Kitabu al-Ghaibah, Hal: 282)
4.4.1.
Islam yang suci murni dengan ajaran tauhidnya akan tercemar dengan kepercayaan
syirik yang dibawa oleh Syiah atas nama satu golongan dari Islam, seperti yang
telah kita kemukakan sebelum ini.
4.4.2.
Dengan mengamalkan upacara-upacara seperti pada 10 Muharram yang sungguh
memalukan setiap orang Islam, perbuatan-perbuatan yang ditunjukkan oleh
golongan Syiah di awal bulan Muharram dan kemuncaknya pada 10 Muharram itu,
tidak ada bezanya bagi orang-orang bukan Islam dengan upacara-upacara keugamaan
Hindu seperti Thaipusam dan Kawadi atas upacara-upacara yang dilakukan oleh
orang-orang jakun di Afrika.
4.4.3.
Setiap orang Islam merasa sedih diatas kesyahidan Sayyidina Umar di tangan Abu
Lu’luah yang beragama Majusi itu tetapi Syiah yang mendakwa dirinya Islam suka
hati dengan tragedi itu bahkan mereka merayakan hari berlakunya tragedi
pembunuhan ke atas Sayyidina Umar. Mereka gelarkan Abu Lu’luah dengan Baba
Syuja’uddin sebagai menghargai keberaniannya. Ali bin Mudzahir al-Wasiti
meriwayatkan dari Ahmad bin Ishaq (seorang tokoh Syiah di Qom dan dianggap
telah mendapat kehormatan yang besar kerana bertemu dengan Imam Mahadi dan
merupakan orang yang rapat dengan Imam Hassan al-Askari, Imam kesebelas Syiah)
bahawa dia berkata: “Hari Kebangsaan, Hari Penghormatan, Hari Kelepasan Besar,
Hari Berkat dan Hari Hiburan.”Sungguh ganjil ugama Islam yang dianuti oleh
Syiah kerana kematian pejuang Islam disambut dengan keseronokan dan perayaan
seperti yang dilakukan oleh orang-orang Majusi.
4.5.
Ajaran Syiah juga akhirnya akan mengakibatkan hilangnya keyakinan umat kepada
agama itu sendiri apabila agama yang benar sudah tidak dipercayai lagi kerana
pembawa-pembawanya yang sudah dianggap sebagai perosak, pengkhianat dan
perampas hak Ali dan Ahlul Bait selain dari orang yang bertanggungjawab
mengubah kandungan al-Quran dan memalsukan hadis-hadis.Sementara ajaran Syiah
yang dianuti ini pula akan membingungkan mereka lantaran penuh dengan kekarutan
dan khurafat yang tidak mungkin dapat diterima oleh orang-orang yang mempunyai
akal yang waras. Pada ketika itu mereka akan menganggap agama tidak lebih dari
candu seperti yang dipercayai oleh orang-orang komunis.
5.1.
Bahayanya kepada negara dapat dilihat bagaimana perpecahan yang berlaku di
kalangan umat Islam di zaman permulaan Islam hasil fitnah yang dicetuskan oleh
mereka.
5.1.1.
Gerakan Ibn Saba’ yang mencetuskan huru hara di dalam khilafah Islam di zaman
Sayyidina Uthman.
5.1.2.
Peperangan saudara yang dicetuskan oleh mereka di dalam peperangan Jamal (yang
pertama seumpamanya di dalam sejarah Islam), peperangan Siffin dan sebagainya.
5.2.
Mereka merupakan tangan-tangan yang memainkan peranan dalam menjatuhkan
kerajaan-kerajaan yang lalu dengan menyokong atau membuka jalan kepada
musuh-musuh Islam.
5.2.1.
Nasiruddin at-Thusi (W 627 H), Ibn al-Alqami dan penasihatnya Ibn Abil Hadid
telah merancang pembunuhan umat Islam secara beramai-ramai yang sungguh
mengerikan dengan membuka jalan kepada Hulaku Khan pada tahun 656 H untuk
menyerang Baghdad, ibu negara Islam pada masa itu. (Hasyiah al-Muntaqa,
Muhibbudin al-Khatib Hal: 20, Ibn Qayyim jilid 2 Hal: 263, Ighasatu al-Bahfan
al-Hidayah wa an-Nihayah, jilid 3 Hal : 200-266).Walaupun Nasiruddin at-Thusi
ini dianggap sebagai seorang yang kejam oleh sejarawan-sejarawan Islam namun
Khomeini sebaliknya menyanjung tinggi Nasiruddin at-Thusi ini dan orang-orang
yang seumpamanya dengan mengatakan mereka telah memberi sumbangan yang besar
kepada Islam. (al-Hukumah al-Islamiah, Hal: 128).
5.2.2.
Negara Syiah akan bertindak kejam terhadap umat Islam dari kalangan ahli Sunnah
umumnya dan golongan ulamak mereka khususnya. Syah Waliyullah misalnya telah
direnggangkan pergelangan tangannya semata-mata kerana beliau mengarang sebuah
kitab yang bernama ‘Izalatu al-Khafa’ untuk menghilangkan kekeliruan yang
ditimbulkan oleh Syiah tentang Khilafah para Khulafa ar-Rasyidin.Hukuman
terhadap Syah Waliyullah ini dijatuhkan oleh seorang pemimpin Syiah yang
menguasai Delhi iaitu Najaf Ali Khan pada tahun 1175H.
5.3.
Peranan Syiah di dalam menjatuhkan sesebuah negara tidak boleh dipandang kecil
kerana negara Iran yang dahulunya merupakan sebuah negara yang dikuasai oleh
Ahli Sunnah dan telah melahirkan begitu ramai tokoh-tokoh dan ulamak-ulamak
Islam di dalam berbagai-bagai bidang ilmu agama seperti Imam Tarmidzi, Imam Abu
Daud, Imam Razi dan lain-lain lagi, tetapi apabila agama Islam lemah kerana
pengetahuan penganut-penganutnya tidak mendalam lagi, sementara pengaruh
kebendaan dan dunia pula kuat, maka mereka telah dapat dikuasai oleh Syiah
dengan mengemukakan hujjah-hujjah yang berupa ilmiah sehingga akhirnya Iran
telah bertukar menjadi negara Syiah.Begitu juga Mesir yang di suatu masa dahulu
merupakan negara ahli Sunnah tetapi kemudian ia bertukar tangan menjadi Syiah.
Walaupun Syiah itu bukan Syiah Imamiyyah tetapi Syiah Fatimiyyah namun tidak
kurang juga dahsyat dan bahayanya dari Imamiyyah Itsna Asyariyyah. Bagaimana
pula agaknya negara kita Malaysia yang rata-rata pengetahuan penduduknya masih
lemah tentang aqidah dan syariah Islam yang dianuti mereka.
5.4. Di
zaman-zaman akhir ini pun mereka tetap memainkan peranan dalam mengganggu
kelahiran sebuah negara Islam seperti di Afghanistan.
5.5. Sesebuah
negara Syiah begitu mudah menjadi pusat kepada kelahiran berbagai-bagai bentuk
bidaah, khurafat dan kekarutan amalan. Ini ialah kerana agama mereka dibina
diatas asas-asas yang karut.
5.5.1.
Pemimpin-pemimpin Negara Syiah selalunya merupakan pelopor kepada amalan-amalan
bidaah.
5.5.2.
Orang yang dikatakan mula-mula mengadakan upacara perkabungan terhadap kematian
Hussain mengadakan majlis-majlis nyanyian ratapan dengan diiringi muzik,
mendirikan kubur-kubur yang besar sebagai tempat kunjungan ialah Maharaja yang
zalim Taimurlang (Tamerlane) dan orang-orang seperti Syah Ismail Safawi (907 H)
dan sampai sekarang ini pun pemimpin-pemimpin mereka menganggap perkara biasa.
(Mahnamah al-Marifat – Hyderabad, Muharram 1389H).
5.6.
Kuasa negara mengikut teori `Walayatul Faqih’ merupakan kuasa ketuhanan dan
mutlak sehingga boleh membatalkan mana-mana ketentuan Syariat.
5.6.1.
Walayatul Faqih adalah satu teori baru dalam menegakkan sebuah kerajaan Syiah
kerana mengikut Syiah tidak ada sebuah kerajaan Syiah pun yang boleh ditubuhkan
atau ditegakkan sebelum kemunculan Imam Mahadi.Setiap negara yang ditegakkan
sebelum kemunculan Imam Mahadi adalah tidak sah mengikut Syiah walaupun
pembawanya berada di atas jalan yang benar.Al-Kulaini meriwayatkan menerusi Abi
Basir dari Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq). Beliau berkata: “Setiap orang yang
menjulang bendera sebelum kemunculan al-Qaain adalah thaghut yang disembah.”
(ar-Raudhah min al-Kafi, jilid 12 Hal: 295)Pensyarah kitab al-Kafi Maula
Muhamad Salleh al-Mazandarani (W 1080H) di dalam syarahnya terhadap kitab
al-Kafi yang dianggap sebagai di antara syarah al-Kafi yang terpilih menulis;
“Walaupun orang menjulang itu menyeru kepada kebenaran”.(Syarah al-Kafi, Jilid
12 Hal:371)
5.6.2.
Walayatul Faqih adalah satu teori penubuhan negara yang dikemukakan oleh
Khomeni dengan alasan Naib Imam boleh menggantikan Imam dalam menubuhkan
sesebuah negara dan penubuhan itu dianggap sah setelah mereka putus asa pada
hakikatnya dengan kemunculan Imam Mahadi yang tidak kunjung datangnya. (Lihat
al-Hukumat al-Islamiah, Hal: 74)
5.6.3.
Kerana itu kita lihat kuasa negara yang tegak di atas Walayatul Faqih adalah
mutlak dan bersifat ketuhanan seperti yang dinyatakan oleh Khomeini sendiri
dalam sepucuk suratnya yang ditujukan kepada Presiden Republik Iran, Ali
Khomeini yang kemudiannya disebarkan oleh sebuah akhbar resmi Iran “Kayhan Bil:
182”, yang diterbitkan pada 23 Jumadul Ula, 1408H dengan tajuk, “Sesungguhnya
kerajaan boleh menyepikan masjid-masjid atau merobohkannya dan kerajaan lebih
utama dari sembahyang”.Dalam surat itu Khomeini menulis:“Sesungguhnya kerajaan
merupakan cabang dari kekuasaan Rasulullah s.a.w. yang lurus dan di antara
hukum-hukum Islam yang utama dan lebih diutamakan daripada semua hukum-hukum
cabang termasuk solat, puasa dan haji.Oleh itu harus bagi penguasa-penguasa
menyepikan masjid-masjid ketika perlu dan merobohkan masjid. Penguasa juga
boleh membatalkan mana-mana hukum Islam walaupun yang berkaitan dengan perkara
ibadat atau bukan ibadah jika hukum itu bercanggah atau bertentangan dengan
kepentingan-kepentingan Islam.Penguasa boleh menghentikan ibadah haji yang
merupakan kewajipan Islam yang penting apabila maslahah negara Islam
menghendaki demikian kerana kerajaan ini adalah kekuasaan Ilahi yang mutlak”.
(Dipetik dari al-Murtadha, Hal: 249).
Setelah kita meneliti perbincangan yang lalu, adakah
kita dapati sesuatu percanggahan di antara Syiah yang dipropagandakan hari ini
dengan Syiah yang dikenali oleh ulamak-ulamak Islam dahulu sebagai Syiah Ghulat
yang telah mereka hukumkan terkeluar dari Islam.Adakah Syiah yang sedemikian
ajarannya tidak merbahaya kepada aqidah, syariah, akhlak, ummah dan negara
Islam?.Dan adakah Syiah yang fahamannya seperti yang telah kita kemukakan tadi
tidak tepat jika dikatakan bahawa sebenarnya mereka adalah satu gerakan musuh
Islam yang telah dirancang untuk menghancurkan Islam?.Apalah yang ada lagi pada
aqidah, syariah dan nilai akhlak umat Islam seperti yang dibawa oleh junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat Baginda yang mulia setelah ajaran
Syiah yang begini dianggap sebagai ajaran Islam?.Tentu sekali tiada lagi yang
tinggal dari ajaran Islam yang masih berbaki sesudah itu dan inilah yang
dikehendaki oleh mereka.Sesungguhnya para Imam yang terdiri dari anak cucu Rasulullah
s.a.w. yang dianggap sebagai Imam oleh Syiah tidak terlibat sama sekali dengan
ajaran-ajaran yang diperkenalkan oleh Syiah kepada dunia atas nama mereka.
Malah mereka itu telah pun mengetahui gelagat-gelagat dan jiwa-jiwa orang-orang
yang mendakwa sebagai Syiah atau pendokong setia mereka.Nah! Imam Jaafar
as-Sadiq sendiri pernah berkata tentang Syiah bahawa: “Tidak ada satu pun ayat
yang diturunkan oleh Allah tentang golongan munafiqin melainkan kandungan ayat
itu pasti ada pada orang yang mendakwa Syiah.” (Rijal Kasyi, Hal: 299).Oleh itu
di dalam menghadapi golongan yang mempunyai fahaman yang seumpama ini
semestinya setiap muslim menyatakan pendiriannya seperti pernah dinyatakan oleh
Nabi Ibrahim a.s. bahawa: “Sesungguhnya kami berlepas diri dari kamu dan
daripada apa yang kamu sembah selain Allah. Kami engkari (Kekufuranmu) dan
telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya
sampai kamu beriman kepada Allah semata-mata …….. .” (Surah al-Muntahanah ayat
4)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan