Isnin, Disember 1

PAU 2014 :SOLIDARITI.... ANTARA REALITI DAN KOSMETIK.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 telah pun melabuhkan tirainya dengan harapan yang begitu tinggi menggunung daripada Presiden Parti agar ahli ahli UMNO ber SOLIDARITI didalam menunaikan tanggungjawab bagi memastikan UMNO terus relevan dan sentiasa mendapat tempat di hati rakyat terutama ketika berhadapan dengan PRU14 nanti.


Solidariti...???? apakah maksud solidariti nie..??? so aku pun dok selak selak kat google...maka dapatlar aku apa maknanya solidariti nie...

SOLIDARITI - bermaksud PERPADUAN, KERUKUNAN, SETIAKAWAN.
SOLIDARITI : bermakna  Bersatu dalam satu angkatan yang kukuh dan padu.

Ermm....Aku tak tahular UMNO ditempat korang tetapi aku merasa amat BERSYUKUR ke hadrat Allah swt kerana majoriti ahli ahli UMNO dan Kepimpinan UMNO diperingkat Bahagian serta cawangan di Negeri Melaka ini telah BERSATU dan BERSOLIDARITI serta sudah melupakan sengketa sesama mereka terutama semasa Pemilihan UMNO yang lepas..Kumpulan yang menang dalam pemilihan tidak meminggirkan kumpulan yang kalah dan kumpulan yang kalah terus memberikan sokongan kepada pucuk pimpinan yang telah dipilih oleh perwakilan diperingkat Bahagian....Syabas aku ucapkan...!!! Semangat inilah yang kita mahukan...!!!! memang sepatutnya dah tak ader lagi berpuak puak selepas pemilihan kerana mereka tahu bahawa mereka semua Pejuang UMNO..!!! mereka semua Pendukung Tegar UMNO...!!!..kerana musuh mereka bukanlah antara sesama mereka...!!!!

Musuh mereka adalah satu...iaitu PAKATAN HAPRAK...!!!!

Syabas...sekali lagik...!!!!


psst....SOLIDARITI...mari kita masukkannya dalam jiwa kita...dalam roh kita kerana inilah yang akan menjamin kita akan terus berjaya dalam masa Pilihan Raya Umum Ke 14 akan datang...!!! 
Mari kita buang yang keruh...dan ambil yang jernih...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan