Selasa, Oktober 7

KENAIKAN HARGA MINYAK : APABILA RAKYAT MARHEAN BERFIKIR MENGGUNAKAN OTAK






Mengapa saya merasakan bahawa Najib Razak seolah olah sama seperti mendiang Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher ? Margaret Thatcher menyelamatkan ekonomi England dan membuat semua keputusan yang tidak popular tetapi amat PENTING, menjadikan beliau dilabel sebagai "Perdana Menteri England yang paling dibenci oleh rakyat". Tiada siapa yang melihat hasil daripada dasar beliau sehinggalah beberapa dekad selepas beliau meninggalkan pejabatnya. Malah sehingga hari beliau meninggal dunia, mereka mereka yang lebih gemar mencari populariti politik,  merayakannya dengan rangkap puisi seperti "Ding Dong Ahli Sihir itu sudah mati", tanpa menyedari bahawa jika Margaret Thatcher tidak membuat keputusan yang tidak popular untuk tidak tunduk kepada tekanan Euro atau tuntutan parti buruh berhaluan kiri ketika itu, Britain telahpun menerima nasib yang sama seperti Sepanyol atau Itali pada hari ini.

Mungkin beliau menerima kurang tekanan tanpa media sosial seperti sekarang yang sudah pasti akan memperkatakan mengenai berlian dan mutiara yang beliau miliki atau mengedarkan gambar gambar beliau bermewah dengan jet peribadi atau menikmati percutian mewah, atau perbelanjaan mewah oleh anak anaknya seperti apa yang di alami oleh Najib Razak sekarang.

Bertahanlah Najib..!!!, mungkin seluruh negara membenci anda sekarang, tetapi dihari kemudian kelak, apabila kita berjaya menghadapi krisis serantau yang disokong melalui rangka kerja ekonomi yang baik, nama anda akan muncul sebagai Wira sepertimana Margaret Thatcher yang hari ini telah dihormati oleh masyarakat pro-ekonomi.

Bagi orang orang yang marah dengan kenaikan harga minyak ini, anda sepatutnya marah kepada rasuah, ketirisan, penyalahgunaan kuasa, salahurus sumber negara dan lain lain. Tetapi janganlah anda marah pada dasar ekonomi menyakitkan tetapi sebenarnya adalah merupakan polisi ekonomi yang amat baik. Kepada mereka yang terbeban dengan kenaikan harga minyak ini, saya amat tahu bahawa ianya adalah menyakitkan dan amat mengecewakan kerana ketika saya mengisi minyak petrol pada pagi ini, saya merasa amat kecewa kerana terpaksa menambah perbelanjaan saya dari RM5 - RM6 dan ini amat menjengkelkan saya.

Walaupun ianya amat menjengkelkan, saya tidak marah kepada tindakan kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi. Saya hanya amat marah kepada pegawai pegawai yang korup yang berbelanja mewah dari hasil rasuah, yang tidak merasai bagaimana perkara yang mereka nampak kecil tetapi sebenarnya boleh menimbulkan perasaan marah dan kecewa dari kami.

Marilah bersama saya..!!! Jadilah Warganegara yang bersikap rasional..!!! jangan cepat melatah. Marilah kita buktikan kepada dunia bahawa kita bukanlah orang yang berfikiran jahil dari kelas dunia ketiga yang kelakuannya amat mudah diramal.

 DARI : TAI ZEE KIN

psst..aku yakin memang ada kebenarannya disitu..dan kitapun dapat lihat SPRM sedang berkerja keras sekarang..dan segala ketirisan sedang dikenalpasti dan diperbaiki...so, marilah kita cuba berfikir di luar kotak..FIKIR FIKIRKANLAH...!!!
(maaf jika alihbahasa aku tidak memenuhi piawaian antarabangsa...hehehe )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan