Sabtu, Disember 6

BN ALOR GAJAH : MASA UNTUK TUNAI JANJI...!!!

SELANDAR 4 DIS 2014 : Bertempat di Pejabat UMNO Bahagian Alor Gajah Melaka, satu pertemuan diantara Ahli Parlimen Alor Gajah serta kepimpinan Tertinggi Jentera Barisan Nasional Peringkat Parlimen Alor Gajah telah diadakan bersama sama dengan Ketua2 UMNO serta Pengerusi2 JKKK dalam Parlimen Alor Gajah. Perjumpaan dan Majlis Taklimat Janji PRU 13 ini diadakan bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai janji janji calon2 Barisan Nasional ketika berkempen dalam PRU 13 yang lalu.
Dalam ucapannya, Pengerusi Jentera Barisan Nasional Parlimen Alor Gajah, YB Datuk Wira Hj Abdul Ghafaar bin Hj Atan menegaskan agar Ketua2 UMNO dan Pengerusi2 JKKK dapat menyenaraikan segala janji janji yang dibuat agar ianya dapat di angkat ke peringkat tertinggi untuk dilaksanakan.
"Saya tak mahu ada satu pun yang tertinggal. Kita mahu pengundi2 di parlimen Alor Gajah tahu bahawa kita bukanlah orang yang suka membuat janji sahaja tetapi kita adalah orang yang memang menunaikan janji janji kita." kata Datuk Ghafaar.



Ermm... baguslar macam tuh..!!! Masa untuk mengadap para pengundi pada PRU 14 pun dah semakin dekat...memang baguslar kita buktikan dan kita selesaikan apa jua perkara atau janji janji kita pada PRU 13 yang lalu kerana ianya akan memudahkan lagi gerakerja kita pada PRU akan datang.
Kepada pengundi2 yang merasa mereka telah dijanjikan sesuatu oleh calon2 Barisan Nasional di Parlimen Alor Gajah, anda dipersilakan untuk menyatakannya di ruangan komen posting ini ok..!!! ...nanti bule lar aku forwardkan kat diaorang...!!! tapi cuma janji janji yang telah dibuat jer lar...!!! jangan korang memandai mandai tokok tambah benda yang takder yer...!!! hehehe




psst... BARISAN NASIONAL : MASA UNTUK TUNAIKAN JANJI...!!!
PAKATAN HAPRAK    : MASA UNTUK BUAT JANJI BULAN DAN BINTANG ..!!  :)

1 ulasan:

  1. Saya hendak bertanya mengenai tanah tol jalan keretapi yang telah ditawarkan kepada orang ramai sebelum pru lagi. Sehingga kini tanah tol ini masih tidak dapat diselesaikan dengan baik. Malah ada diantara ketua ketua UMNO lebih mengutamakan kroni dalam pembahagian tanah tol ini. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera kerana saya sudah naik muak menunggu.

    BalasPadam