Khamis, Disember 4

PENGUNDI PARLIMEN ALOR GAJAH MELAKA PASTI GEMBIRA DENGAN FAKTA INI...!!!!

Untuk maklumat korang, gambar yang kat bawah ini adalah gambar YB Datuk Koh Nai Kwong, Ahli Parlimen Alor Gajah Melaka yang baru penggal ini menjadi Ahli Parlimen di sini.


Setelah hampir setahun lebih beliau menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen Alor Gajah dan sebagai salah seorang PENGUNDI di Parlimen ini, aku rasa aku nak menilai sikit lar KPI mamat ni...hehehe...

Terus terang aku katakan, apabila nama beliau di sebut sebagai calon baru Barisan Nasional di Parlimen Alor Gajah pada PRU13 yang lalu, aku merasa agak kurang yakin dengan kemampuan beliau. Almaklumlar beliau ketika itu kurang diterima oleh jentera Barisan Nasional.  Tetapi sekarang beliau telah membuktikan bahawa aku tersilap didalam membuat andaian kerana nampaknya kini beliau telah membuktikan kepakaran beliau didalam memberi khidmat kepada RAKYAT..
.Yesss..!!!....a very soft spken person, seorang yang kuat bekerja, senang didekati dan sentiasa mendengar masalah rakyat...!!! Tahniah Latukkk...!!! u're the best...!!!

Ermm...Korang rasa rasa Shamsul Ketot boleh kerja macam kat bawah nie tak..???


Ini adalah aktiviti yang aku 'kopek' dari facebook YB Datuk Koh Nai Kwong sepanjang bulan November 2014 yang lalu..mungkin ada lagi aktiviti lain yang aku tak perasan....boleh tahan kan..???

Jadi...kepada pengundi pengundi di Parlimen Alor Gajah, teruskanlar menyokong Ahli Parlimen kita ini ok...!!!! Kalau dah sesuatu benda tu baik tak payah lar korang nak pikir pikir tukar kepada sesuatu benda yang belum pasti...betul tak..???

soooo Latuk...!!!! KEEP UP THE GOOD WORK OK...!!!






psst...ini bukan BODEK yer...!!! ini kenyataan...!!!! kalau didepan seseorang pemimpin tu korang puji bagai nak rak...!!! dialah pemimpin berjiwa rakyat lar bagai,,,!!! sedangkan hakikatnya 'yeeelek petelek'...!!! itu baru BODEK namanya bro...!!!! hahaha..!!!

Isnin, Disember 1

PAU 2014 :SOLIDARITI.... ANTARA REALITI DAN KOSMETIK.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 telah pun melabuhkan tirainya dengan harapan yang begitu tinggi menggunung daripada Presiden Parti agar ahli ahli UMNO ber SOLIDARITI didalam menunaikan tanggungjawab bagi memastikan UMNO terus relevan dan sentiasa mendapat tempat di hati rakyat terutama ketika berhadapan dengan PRU14 nanti.


Solidariti...???? apakah maksud solidariti nie..??? so aku pun dok selak selak kat google...maka dapatlar aku apa maknanya solidariti nie...

SOLIDARITI - bermaksud PERPADUAN, KERUKUNAN, SETIAKAWAN.
SOLIDARITI : bermakna  Bersatu dalam satu angkatan yang kukuh dan padu.

Ermm....Aku tak tahular UMNO ditempat korang tetapi aku merasa amat BERSYUKUR ke hadrat Allah swt kerana majoriti ahli ahli UMNO dan Kepimpinan UMNO diperingkat Bahagian serta cawangan di Negeri Melaka ini telah BERSATU dan BERSOLIDARITI serta sudah melupakan sengketa sesama mereka terutama semasa Pemilihan UMNO yang lepas..Kumpulan yang menang dalam pemilihan tidak meminggirkan kumpulan yang kalah dan kumpulan yang kalah terus memberikan sokongan kepada pucuk pimpinan yang telah dipilih oleh perwakilan diperingkat Bahagian....Syabas aku ucapkan...!!! Semangat inilah yang kita mahukan...!!!! memang sepatutnya dah tak ader lagi berpuak puak selepas pemilihan kerana mereka tahu bahawa mereka semua Pejuang UMNO..!!! mereka semua Pendukung Tegar UMNO...!!!..kerana musuh mereka bukanlah antara sesama mereka...!!!!

Musuh mereka adalah satu...iaitu PAKATAN HAPRAK...!!!!

Syabas...sekali lagik...!!!!


psst....SOLIDARITI...mari kita masukkannya dalam jiwa kita...dalam roh kita kerana inilah yang akan menjamin kita akan terus berjaya dalam masa Pilihan Raya Umum Ke 14 akan datang...!!! 
Mari kita buang yang keruh...dan ambil yang jernih...




Selasa, Oktober 7

KENAIKAN HARGA MINYAK : APABILA RAKYAT MARHEAN BERFIKIR MENGGUNAKAN OTAK






Mengapa saya merasakan bahawa Najib Razak seolah olah sama seperti mendiang Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher ? Margaret Thatcher menyelamatkan ekonomi England dan membuat semua keputusan yang tidak popular tetapi amat PENTING, menjadikan beliau dilabel sebagai "Perdana Menteri England yang paling dibenci oleh rakyat". Tiada siapa yang melihat hasil daripada dasar beliau sehinggalah beberapa dekad selepas beliau meninggalkan pejabatnya. Malah sehingga hari beliau meninggal dunia, mereka mereka yang lebih gemar mencari populariti politik,  merayakannya dengan rangkap puisi seperti "Ding Dong Ahli Sihir itu sudah mati", tanpa menyedari bahawa jika Margaret Thatcher tidak membuat keputusan yang tidak popular untuk tidak tunduk kepada tekanan Euro atau tuntutan parti buruh berhaluan kiri ketika itu, Britain telahpun menerima nasib yang sama seperti Sepanyol atau Itali pada hari ini.

Mungkin beliau menerima kurang tekanan tanpa media sosial seperti sekarang yang sudah pasti akan memperkatakan mengenai berlian dan mutiara yang beliau miliki atau mengedarkan gambar gambar beliau bermewah dengan jet peribadi atau menikmati percutian mewah, atau perbelanjaan mewah oleh anak anaknya seperti apa yang di alami oleh Najib Razak sekarang.

Bertahanlah Najib..!!!, mungkin seluruh negara membenci anda sekarang, tetapi dihari kemudian kelak, apabila kita berjaya menghadapi krisis serantau yang disokong melalui rangka kerja ekonomi yang baik, nama anda akan muncul sebagai Wira sepertimana Margaret Thatcher yang hari ini telah dihormati oleh masyarakat pro-ekonomi.

Bagi orang orang yang marah dengan kenaikan harga minyak ini, anda sepatutnya marah kepada rasuah, ketirisan, penyalahgunaan kuasa, salahurus sumber negara dan lain lain. Tetapi janganlah anda marah pada dasar ekonomi menyakitkan tetapi sebenarnya adalah merupakan polisi ekonomi yang amat baik. Kepada mereka yang terbeban dengan kenaikan harga minyak ini, saya amat tahu bahawa ianya adalah menyakitkan dan amat mengecewakan kerana ketika saya mengisi minyak petrol pada pagi ini, saya merasa amat kecewa kerana terpaksa menambah perbelanjaan saya dari RM5 - RM6 dan ini amat menjengkelkan saya.

Walaupun ianya amat menjengkelkan, saya tidak marah kepada tindakan kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi. Saya hanya amat marah kepada pegawai pegawai yang korup yang berbelanja mewah dari hasil rasuah, yang tidak merasai bagaimana perkara yang mereka nampak kecil tetapi sebenarnya boleh menimbulkan perasaan marah dan kecewa dari kami.

Marilah bersama saya..!!! Jadilah Warganegara yang bersikap rasional..!!! jangan cepat melatah. Marilah kita buktikan kepada dunia bahawa kita bukanlah orang yang berfikiran jahil dari kelas dunia ketiga yang kelakuannya amat mudah diramal.

 DARI : TAI ZEE KIN

psst..aku yakin memang ada kebenarannya disitu..dan kitapun dapat lihat SPRM sedang berkerja keras sekarang..dan segala ketirisan sedang dikenalpasti dan diperbaiki...so, marilah kita cuba berfikir di luar kotak..FIKIR FIKIRKANLAH...!!!
(maaf jika alihbahasa aku tidak memenuhi piawaian antarabangsa...hehehe )