Jumaat, Disember 26

BANTUAN SEKOLAH RENDAH OLEH AHLI PARLIMEN ALOR GAJAH MELAKA

JAPERUN Machap 26 Dis 2014 : YB Datuk Koh Nai Kwong dengan kerjasama Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) telah menyampaikan bantuan peralatan persekolahan kepada pelajar pelajar kurang berada di dalam Parlimen Alor Gajah. Seramai 286 pelajar sekolah rendah dari seluruh Parlimen Alor Gajah telah menerima barangan keperluan sekolah iaitu beg sekolah, alatulis, 2 pasang baju sekolah dan kasut sekolah bernilai RM150-00 didalam majlis ini.



Erm...tahniah aku ucapkan kepada YB Datuk Koh Nai Kwong, Ahli Parlimen Alor Gajah serta Tuan Hj Nordin bin Ali, Pengurus Besar TAPEM diatas inisiatif membantu rakyat di Parlimen Alor Gajah membuat persiapan menghadapi sessi persekolahan anak anak. Dikhabarkan walaupun tak berapa hari saja lagi jadi Pengurus Besar TAPEM dan walaupun ketika ini sedang bercuti, Tuan Hj Nordin  sanggup meluangkan masa bagi memastikan program ini berjalan dengan baik dan lancar....so aku TABIK SPRING kat Ahli Parlimen Alor Gajah dan aku TABIK SPRING jugak kat Hj Nordin atas usaha murni ini.... tapi sorry Hj Nordin yer coz aku tak bule nak ampu ko lebih lebih...atas sebab sebab "keselamatan negara"...hehehe...

Untuk makluman korang, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka sememangnya memainkan peranan yang penting didalam membantu rakyat Negeri Melaka didalam bidang pendidikan. Bantuan sekolah rendah untuk anak anak Melaka telah diwujudkan semenjak tahun 2000 lagi dengan jumlah keseluruhan bantuan sehingga kini mencecah RM 8.05 juta....!!!

Perghh...!!!! Banyak tuuhhh...!!!
Tapi jangan pulak korang menganggap ini satu pembaziran yer kerana pelaburan dalam bidang pendidikan tiada istilah membazir bro..!!! Kerajaan Barisan Nasional Negeri Melaka sentiasa prihatin dan mengambil berat soal pendidikan rakyat kerana rakyat yang berpendidikan tinggi adalah merupakan asset negeri yang tidak ternilai harganya...tak gitu...???


psst...teruskan usaha memberi perkhidmatan terbaik untuk Parlimen Alor Gajah...!!! Nampaknya pengundi di parlimen ini terutama pengundi Melayu sudah semakin serasi dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional dari parti komponen MCA ini....teruskan LATOK...!!! ...i follow...!! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan