Sabtu, Disember 27

MISI KEMANUSIAAN : MARI SAMA SAMA KITA BANTU MANGSA BANJIR



KHAIRY JAMALUDDIN

Ramai rakyat Malaysia telah tampil untuk membantu mangsa mangsa banjir di beberapa buah negeri. Bantuan telah diberi dalam pelbagai bentuk. Kita mesti teruskan bantuan untuk mereka yang menjadi mangsa kepada bencana yang teruk ini.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) menginsafi keadaan sukar yang dialami mangsa mangsa banjir tanah air khususnya di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis. Akibat bencana alam tersebut, lebih 100,000 mangsa kini dilapor ditempatkan di pusat pusat pemindahan banjir seluruh negara dan isu seperti kekurangan barangan makanan serta keperluan lain semakin banyak didengari.

Atas kesedaran itu, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada hari ini telah melancarkan Tabung Bantuan Banjir Pemuda UMNO Malaysia dan sumbangan boleh diberi kepada :-

AKAUN PEMUDA UMNO MALAYSIA 14200004057058 (CIMB)
ATAU CEK ATAS NAMA PEMUDA UMNO MALAYSIA

Sebanyak 2 syarikat iaitu TUNE TALK dan NAZA GROUP menjadi penyumbang terawal iaitu RM30,000-00 setiap syarikat menjadikan jumlah terkumpul sejak ia dilancarkan petang tadi kini sebanyak RM60,000-00. Kesemua Ketua Pemuda UMNO Negeri, Bahagian dan Cawangan di seluruh negara diminta untuk menggerakkan kutipan tabung tersebut secara aggresif di tempat tempat tumpuan umum.

Akibat kesukaran akses masuk ke kawasan bencana sekarang, dana yang akan dikumpul itu nanti akan ditumpukan kepada usaha pasca banjir iaitu pemulihan, pembinaan semula dan pembersihan. Hasil kutipan ini juga akan disalurkan kepada ibu bapa untuk persiapan persekolahan anak anak mereka seperti pembelian beg, pakaian serta kasut sekolah yang akan bermula tidak lama lagi.

Pergerakan Pemuda UMNO di peringkat bahagian khususnya di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis telahpun bersama sama membantu pihak berkuasa di bahagian masing masing sejak banjir bermula. Selain kesukaran akses untuk masuk ke kawasan bencana, PPUM Pusat dan negeri negeri yang tidak terlibat banjir akan menumpukan kepada usaha bantuan pasca banjir seperti diatas.





Sebagai contoh, ramai mangsa yang telah kehilangan tempat tinggal akibat dihanyutkan air dan oleh itu, sudah tentu PPUM akan bersama sama pihak berkuasa untuk membina semula penempatan mereka dan sebagainya dalam fasa kedua, iaitu fasa pemulihan nanti.

Sama samalah kita berdoa agar banjir cepat reda dan kesemua mangsa serta anggota penyelamat berada di bawah lindungan-Nya.


psst... Ada mangsa banjir yang sudah tidak dapat menjamah nasi lebih dari 3 hari...Allahuakhbar...semoga mangsa mangsa banjir tabah menghadapi dugaan ini.... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan