Selasa, Disember 16

ROMBAKAN PEGAWAI TADBIR NEGERI MELAKA...TAHNIAH KEPADA YANG BAKAL DI LANTIK...!!!

Kerajaan Negeri Melaka bakal membuat beberapa rombakan bagi memantapkan pentadbiran dalam kalangan penjawat awam dan jabatan jabatan kerajaan Negeri Melaka.

Berikut adalah penempatan Pegawai Pegawai dalam Negeri Melaka dari sumber sumber tidak rasmi yang aku dapat.

  1. Datuk Zainal Husin sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
  2. Tuan Hj Mansor Sudin sebagai YDP Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).
  3. Datuk Zainal Abu sebagai Pengerusi Melaka Sentral.
  4. En Abu Bakar Jani sebagai Pegawai Tadbir Pelaburan JKPNM.
  5. EN MUSTAFA MUSA sebagai Pengurus Besar TAPEM.
  6. En Nazari Ahmad sebagai CEO PPSPN.
  7. EN GHAFAR MISDAR sebagai Setiausaha MKJR.
  8. En Nizam Omar sebagai Pegawai Khas di Pejabat Ketua Menteri.
  9. En Ashakari sebagai Setiausaha Perhubungan.
  10. Datuk Abu Bakar Abdul sebagai Pengurus Besar DMDI.
  11. Hj Mutalib Che Mat sebagai Pengurus Besar MIBC.
  12. En Farok Sultan sebagai Pengurus Solar & Hijau KMB.
Pertamanya, aku nak ucapkan tahniah lar kepada yang akan dilantik....dan kepada yang tercicir dari senarai kita ucapkan terima kasih diatas sumbangan bakti yang telah mereka curahkan sepanjang mereka menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Seterusnya....Aku nak lari skit dari tajuk di atas..hehehe.. :)

Mungkin korang perasan nama nama yang aku 'highlight' kat atas nie. Jadi, secara peribadi aku nak ucap tahniah lar kepada En Mustafa Musa (AJK UMNO Bahagian Alor Gajah) dan En Ghafar Misdar (Setiausaha UMNO Bahagian Alor Gajah) yang telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan Negeri Melaka menjawat jawatan diatas. Ermm...Mungkin satu Malaysia dah kenal siapa Cikgu Mustafa Musa kot.... Beliau baru sahaja dinobatkan sebagai Juara Pidato Piala Presiden UMNO PAU 2014 dan sebagai seorang bekas guru sudah semestinyalar amat sesuai beliau diberi tanggungjawab selaku Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).

Sangat mantap bro...!!! Juara peringkat kebangsaan tuuu..!!!



Cikgu Mustafa Musa.

psstt...Individu yang di jangka bakal "menggegar" dan menyinar dalam kepimpinan UMNO Bahagian Alor Gajah khasnya dan UMNO Negeri Melaka amnya...Syabas...!!! teruskan perjuangan anda...!!!! Anda kebanggaan ahli ahli UMNO Bahagian Alor Gajah Melaka...semoga lebih ramai lagi tokoh tokoh berkualiti peringkat nasional lahir di UMNO Bahagian Alor Gajah...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan